#pengkalankubor MACAM MANA NAK JADI YB JIKA SAMAN PUN BELUM BAYAR?

Sebelum ini, bekas calon PAS di PRK Kuala Besut, Che Long yang merupakan seorang kontraktor kelas A telah didedahkan dengan  11 saman polis yang tidak berbayar yang berjumlah hampir RM4000. Kini, calon PAS di PRK Pengkalan Kubor pula yang juga merupakan seorang kontraktor binaan lepasan Institut Kemahiran MARA telah didapati mempunyai saman polis yang tidak berbayar.

Walaupun jumlahnya tidaklah sehebat Che Long, namun saman yang tidak berbayar semenjak tahun 2011 menunjukkan bahawa calon yang dipilih PAS ini mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan lalulintas.

Apabila KLXpress meminta pendapat penduduk kawasan setempat mengenai isu ini, rata-rata menyatakan bahawa Wan Rosdi seharusnya menjelaskan saman sebelum berniat untuk bertanding. Pihak kepimpinan PAS pula perlulah peka terhadap calon mereka supaya tidak mempunyai sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan kredibiliti calon apabila bertanding kelak.

“Selesaikan saman dahulu sebelum bertanding!” ujar seorang pengundi di DUN tersebut.

Kecenderungan PAS memilih calon yang merupakan latar belakang kontraktor juga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengundi.

Seorang penyokong PAS berasa kecewa apabila golongan bukan Ulama dipilih sebagai calon PAS.

“Tak serik lagi ke kalah di Kuala Besut dulu? Masalah di Selangor pun sudah jelas menunjukkan kita kena ada ramai golongan ulama sebagai wakil rakyat. Kalau tidak, kena pijak saja lah!” ujar beliau yang namanya tidak mahu dikenali.

Pilihanraya yang bakal berlangsung pada 25 September ini akan mengukur kekuatan PAS setelah mengalami peretakan hubungan dengan PKR akibat krisis menteri besar Selangor.

Sumber: KLXPress

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger