#PengkalanKubor AKIBATNYA PAS DIPULAU PKR DAN DAP SEMASA PENAMAAN CALON


Proses penamaan calon PRK Pengkalan Kubor telah pun selesai. Namun apa yang menarik PRK kali ini ialah kehadiran rakan-rakan PAS dalam Pakatan. Jika kelmarin Presiden PKR, Wan Azizah telah memberi isyarat akan hadir tapi hingga saat ini bayangnya pun masih belum kelihatan.

Menurut kenyataan beberapa pemimpin PKR yang hadir,  Wan Azizah dijadual akan menghadiri program gotong-royong dan perasmian Tadika PASTI di Desa Mentari Selangor. Mungkin program tersebut lebih penting berbanding hadir memberi sokongan kepada calon PAS di Pengkalan Kubor.

Walaupun PKR menghantar 2 orang Naib Presidennya, masing-masing Tian Chua dan Shamsul Iskandar, tak seorang pun pemimpin PKR dari kubu kuat parti itu, Selangor yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS kali ini.

Kelibat pemimpin DAP pula langsung tiada. Jika sebelum ini, pemimpin DAP tidak pernah gagal hadir dalam memberi sokongan kepada calon parti Pakatan bertanding dalam setiap PRK. Berbeza hari ini, tak seorang pun pemimpin dan penyokong DAP yang dilihat hadir memberi sokongan.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam responnya kepada media mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP ialah dengan memberi alasan kononnya kawasan ini majoriti Melayu jadi pemimpin DAP tidak perlu hadir. Tapi jika ikut sejarah yang lepas Pemimpin DAP tidak pernah gagal menghadirkan diri.

Contoh di Kuala Besut tahun lepas, penasihat DAP Lim Kit Siang dan segelintir penyokongnya hadir memberikan sokongan kepada calon PAS pada ketika itu walaupun Kuala Besut sama macam Pengkalan Kubor juga dari segi komposisi kaum – majoriti Melayu.

Hakikat sebenarnya yang berani penulis katakan ialah PKR dan DAP ingin menunjukkan bantahan terhadap PAS kerana enggan menyokong bini Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar. Kritikan pedas Presiden PAS, Hadi Awang tercadap Wan Azizah benar-benar melukakan hati Anwar & Co

DUN Pengkalan Kubor ini pun sengaja diserahkan kepada PAS antara lain sebagai jalan keluar kepada kemelut MB Selangor, tapi kerusi dia sapu, sokong Azizah sebagai MB Selangor, tak juga.


Celaka punya PAS kata Anwar, itu yang tak datang agaknya.


Sumber: KLXPress
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger