PENGERUSI DAP SARAWAK BUAT KENYATAAN PALSU MENGENAI PERSEMPADANAN SEMULA DUN SARAWAK


Pengarah SPR Sarawak, Datu Takun Sunggah berkata pihaknya tidak pernah sebelum ini menyebut persempadanan semula seterusnya akan mewujudkan sembilan kawasan baharu.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang berkata “Saya merujuk kepada kenyataan SPR baru-baru ini bahawa pihaknya merancang untuk mewujudkan sembilan kawasan baharu di Sarawak.

Sebaliknya, tegas Takun kenyataan itu ialah ‘SPR mewujudkan sembilan kerusi pada persempadanan semula 2005, yang seterusnya mungkin lebih mungkin kurang.

“Tidak ada dalam kenyataan itu menyatakan sembilan kerusi.

Malah, Takun menjelaskan sekiranya ada sekalipun persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan bertujuan untuk memberi manfaat kepada mana-mana parti politik.

Malah, peruntukan kerusi untuk mana-mana parti politik tidak ada kaitan dengan urusan SPR, katanya.

“Amalan (persempadanan semula) itu secara amnya adalah kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Sebab itu SPR melakukannya. Ia bukan untuk manfaat mana-mana parti politik,” jelasnya.

Secara kebetulan jumlah kerusi baru yang kononnya akan diwujudkan SPR itu seperti yang dinyatakan Chong Chieng Jen itu ialah ada sembilan ADUN yang keluar daripada SUPP dan SPDP yang kini menyertai UPP dan TERAS.

“ADUN BN-plus ini nampaknya tidak ada kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri seterusnya susulan SUPP dan SPDP menentang mereka.

“Seolah-olah sembilan kerusi baharu itu diwujudkan bagi sembilan ADUN ini.

“Secara prinsipnya, niat untuk mewujudkan persempadanan semula adalah salah. Ia menggunakan wang pembayar cukai bagi menyelesaikan masalah dalaman BN.”

Persempadanan semula kawasan pilihan raya mesti dilakukan dalam tempoh selepas setiap lapan tahun.
Ia adalah untuk menampung pertambahan penduduk susulan proses pembangunan dan urbanisasi.


Pada masa sekarang Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN berbanding 62 pada 2001.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger