PAS TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT BILA PKR DAN DAP TIDAK BERI BANTUAN KEMPEN PRK #PengkalanKubor


Biarpun dicerca dan dikritik hebat, PAS tetap berlembut hati terhadap PKR dan DAP biarpun kedua-dua parti pembangkang itu tidak menghulurkan bantuan kepada PAS sepanjang kempen PRK Pengkalan Kubor.

Ini kerana sepanjang tempoh itu, PKR dan DAP menghadapi krisis kepimpinan Menteri Besar (MB) Selangor yang mana menjejaskan hubungan mereka dalam Pakatan Pembangkang.

Menyedari isu itu telah dimainkan blogger prokerajaan yang mempertikaikan kesepakatan mereka dalam Pakatan Pembangkang dalam membantu calon PAS di PRK Pengkalan Kubor, PAS telah mengeluarkan kenyataan berlembut.

PAS tidak menyalahkan rakan mereka dalam PR, terutama pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang dilihat kurang memberikan bantuan dalam kempen PRK Pengkalan Kubor.

Pengarah Induk PAS, PRK Pengkalan Kubor, Tuan ibrahim Tuan Man berkata, PAS memahami kesukaran yang terpaksa dialami rakan mereka itu terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Beliau mengulas soalan media yang mempersoalkan ketiadaan kelibat pimpinan tertinggi PKR dan DAP sepanjang kempen berlangsung selain ketidakhadiran mereka dalam ceramah Perdana iaitu kempen terakhir PAS, malam semalam.

"Kita faham situasi yang berlaku kepada rakan kita dan keadaan di sini pun kita boleh kawal malah wakil PKR negeri Kelantan tetap bersama kita pada mesyuarat harian kempen. Jadi tidak timbul sebarang isu," katanya.

Jelasnya, ketiadaan jentera DAP pula sepanjang tempoh kempen disebabkan faktor peratusan pengundi Cina yang kecil di kawasan Pengkalan Kubor, namun itu tidak bermaksud DAP tidak menyokong PAS.


Berbeza dengan PRK Teluk Intan yang mana PAS bertungkus-lumus membantu calon DAP biarpun terpaksa berdepan dengan tekanan apabila PAS terus dipijak DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
September 25, 2014 at 12:30 PM

Taraf belaci macam tu la....apa klass DAP dan PKR nak membantu

Anonymous
September 25, 2014 at 12:55 PM

bila parti islam kulit pas, bila parti lebral lgbt pkr dan parti komunis dap bersatu dalam cita2 membentuk pakatan haram sudah tentulah virus kuman dan barah mustahil dapat menyembuhkan penyakit gila kuasa penyakit sawan dan penyakit barah dalam masyarakat. cuba bandingkan (BN) YG MEMPUNYAAI komponen berbelas parti, ta ada pon kecoh malah negara dapat ditadbirkan dengan baik.

mari fikirkan parti haram jadah yg mimpi hendak perintah negara munkin akan wujud 3 PM, KERANA masing2 gila kuasa, yg penting mereka dapat kuasa rakyaat tak dipeduli, dengan alasan bila mampos nanti tidak kempunan.

Anonymous
September 25, 2014 at 12:57 PM

DAPigs n PKR x sibuk mcmanapun. Mereka balas dendam kerana kita x sokong Wan Azizah. Pedulokan pas/pkr kita tetap lawan.

Anonymous
September 25, 2014 at 1:00 PM

Hgpa mau sangat join DAP/PKR, biaq dia rasa. doa lagi KO untk UMNO. Padan muko.

Anonymous
September 25, 2014 at 1:01 PM

parti x hormat wanita mmg x perlukan pihak lain. Kerajaan dibidas pun terasa, inikan pula sekutu. Bincang memolek takkan tak boleh. Terus la cakap terang tidak boleh wanita memimpin lelaki. Tapi kenapa WA dibenarkan jadi ketua pembangkang, ketua kpd mereka. Hanya kerana di parlimen tiada kawasan kekuasan, maka tidak penting. emm nampak sgt ada sesuatu. Nak jadi ulama & pemimpin biarlah yang telus. Jangan corner sana sini, nanti terbelit diri. ohh lupa plk, katanya hanya diari yang datang meeting. Patutlah x boleh nk dibawa bincang. diari oh diari ada bilang sama tuan x keputusan meeting???

Anonymous
September 25, 2014 at 3:02 PM

Tuan Ibrahim Tuan Man ni cakap atas dasar PAS dan disetujui hati sendiri atau cakap lain dihati lain?

Anonymous
September 25, 2014 at 3:05 PM

Saya sangat respect Tuan Ibrahim masa dahulu tetapi Tuan Ibrahim, sekarang you are not whom i know you during your earlier days.

What a pity and a sad thing.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger