PAS DOAKAN MUSUH POLITIK DALAMAN MEREKA SELAMA 30 MINIT


Tiada apa yang menghairankan di dalam PAS kerana semuanya ‘halal’ termasuk mendoakan keburukan kepada orang lain yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Pernah suatu ketika dulu di mana Nik Radzi Nik Mat yang juga adik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kecelakaan terhadap sesama Islam khususnya membabitkan UMNO.

Tetapi, kali ini doakan kehancuran ini khas ditujukan kepada dua ADUN PAS yang berpaling tadah terhadap perjuangan PAS yang menyokong Anwar Ibrahim.

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin menggunakan doa untuk 'membantai" pemimpin tertentu dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Dr Azhari yang sepatutnya membahaskan ucapan dasar Presiden meminta semua yang ada dalam dewan muktamar untuk bersama beliau menadah tangan melakukan doa munajat.

Beliau turut menyerang dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor yang disifatkan sebagai dua titik nila yang telah merosakkan sebelanga susu.

Doa panjang lebar Dr Azhari yang hampir 30 minit itu mendapat teguran Pengerusi Tetap Muktamar, Datuk Abu Kassim Abdullah.

Tindakan Dr Azhari itu tidak disenangi perwakilan lain dan menganggap ia keterlaluan serta menyalahgunakan doa.

Perwakilan Kedah, Ridzwan Abu Bakar yang tidak berpuas hati mendesak pengerusi tetap agar membuat ketetapan agar supaya tidak ada lagi yang menggunakan sesi perbahasan untuk mendoakan kehancuran pemimpin tertentu.


Ini merupakan kali pertama doa kehancuran dibacakan untuk pemimpin PAS sendiri.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

wan jamak
September 19, 2014 at 8:30 PM

secara amnya, Allah bagi orang2 PAS ini adalah pesuruh depa, bukan TUHAN. sebab itu depa buleh suruh Allah pecahkan perut orang tu, Allah binasakan orang ni...

bagi orang2 islam lainnya, Allah itu TUHAN kita. tempat kita memohon rahmat dan keredhaan, dan kelapangan dari kesusahan..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger