PAS DESAK ANWAR IBRAHIM SEGERA HENTIKAN DRAMA HINDUSTAN


PAS berharap rakan sekutu mereka PKR menghentikan segera 'drama hindustan' sebagai strategi demi meraih simpati rakyat dalam melantik Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, PKR sewajarnya melihat teguran Abdul Hadi berhubung keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu sebagai "satu penghormatan" merujuk kemelut politik termasuk sejak era kebangkitan Reformasi 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Wan Azizah yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

Wan Azizah sangat dikenali sebagai sebagai isteri mithali kerana selama ini sangat mempertahankan suaminya Anwar Ibrahim biarpun secara terang-terangan melakukan perkara di luar kawalan manusia.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya lagi.

Beliau menegaskan, Wan Azizah terbukti gagal menangani masalah dalaman PKR ketika suaminya berada di dalam penjara sehingga menyebabkan ramai rakan karib Anwar Ibrahim meninggalkan perjuangan parti tersebut.

Dr Zuhdi turut yakin dengan rakyat Selangor menolak Wan Azizah kerana mahu mengekalkan seorang pemimpin yang mempamerkan kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar seperti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.
 
Secara jelas, PAS telah muak dengan permainan PKR yang selama ini menganggap PAS sebagai Pak Turut atau boleh dicucuk hidung dalam setiap apa jua keputusan dengan melibatkan Pakatan Rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 12, 2014 at 7:37 AM

istri mithali apa kalau dibiarkan suami masuk lubang tahi.itu semua lakonan aja nak menutup keburukan suami dia bukan dia tak tau?...aku pun seorang isteri menyampah tengok kepura-puran dia .....belagak alim ngan sarung tanganya ngan kipasnya tapi apa dia nak tutup??

Anonymous
September 14, 2014 at 9:26 PM

Sungguh menyesatkan minda dan moral... sesiapa yg menobatkan dia isteri mithalli...bolih kah kita katakan Bapa Sazali ..itu .. Bapak Mithalli...Cukup cukup lah memperkosa dan meliwat minda rakyat...
Kelakuan si suami... juga bersebabkan cara bagaimana sang isteri melayan sang suami...tak bolih cuci tangan .. nak nampak seolah dia terasing dari kesalahan..
Hentikan lakunan ... perbetulkan keluarga dulu... ini yg tersirat dari statement Hj hadi..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger