PAS AKUI KEKALAHAN PRK #PengkalanKubor DISEBABKAN FAKTOR AHLI PKR DAN KELUAR MENGUNDI




Hanya kerana jumlah pengundi yang keluar mengundi kurang berbanding sebelumnya telah menyebabkan PAS kalah dalam PRK DUN Pengkalan Kubor.

Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8 peratus berbanding 78.9 peratus pada PRU-13.

"Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka," katanya.

Beliau berkata faktor hari pengundian pada hari bekerja menyebabkan pengundi berdaftar DUN itu yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi dan ia menyumbang kepada penurunan peratusan mengundi.

"Kami juga ucapkan tahniah kepada calon BN (Barisan Nasional) dan pikul amanah yang telah diberikan oleh rakyat sebaik mungkin," katanya.

Di sebalik faktor pengundi, kekalahan PAS dalam PRK DUN Pengkalan Kubor juga disebabkan tiadanya bantuan daripada PKR dan DAP.

Umum mengetahui, DUN Pengkalan Kubor merupakan kawasan milik PKR dalam PRU-13 lepas dan pertukaran parti yang bertanding juga memberi kesan kepada pembangkang.

Apakah ahli dan penyokong PKR mengundi calon PAS dalam PRK DUN Pengkalan Kubor? Dengan majoriti kekalahan yang diperolehi calon PAS berbanding calon PKR sebelum ini jelas berlaku sabotaj atau undi protes daripada ahli dan pengundi PKR.


Dengan isu Krisis Menteri Besar Selangor yang memberi tempias kepada PAS di DUN Pengkalan Kubor ini, tidak dapat tidak PAS mengakui jumlah undi yang merosot berpunca daripada kesan PAS tidak memberikan sokongan kepada Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger