NGO PROPEMBANGKANG 'JINGGA 13' TOLAK AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR


Desas-desus mengatakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor semakin kencang ekoran beliau telah dipanggil menghadap Sultan Selangor atas permintaan baginda biarpun PKR tidak menyenaraikan nama Azmin Ali.

Berikutan itu Azmin Ali kini menjadi sasaran pemimpin dan rakan dalam PKR sendiri yang mahukan beliau menolak jawatan MB Selangor sekiranya dipilih.

Namun, tidak semudah untuk meminta Azmin Ali menolak jawatan MB Selangor sekiranya dipilih memandangkan sesiapa yang dipilih pasti sukar menolaknya kerana selain berkuasa yang dipilih itu juga akan mempunyai keistimewaan tertentu.

Terbaru, sebuah NGO yang propembangkang yang dikenali sebagai Jingga 13 berpendapat Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  

"Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Adun Selangor," katanya dalam sidang akhbar.

Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin; Pesuruhjaya PAS, Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid.

Nama Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan Iskandar yang juga ADUN Cempaka disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu.

Ini susulan pengesahan daripada pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. 

Persoalan sekarang apakah keputusan Sultan Selangor itu wajar ditentang PKR mahupun NGO propembangkang yang boleh dikatakan sebagai penderhaka?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 22, 2014 at 11:17 AM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN ,MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..

TAHUKAH ANDA
DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
UNTUK MENYERTAINYA?

KLIK DI SINI
http://www.needjiadi.blogspot.com/

• IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

• TIADA PAKSAAN UNTUK
MENYERTAINYA.100% TERSERAH
KPD ANDA KERANA
PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

• FOR A BETTER WORLD FOR OUR
FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

TERIMA KASIH KERANA SUDI
MEMBACA.
WASSALAM...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger