NAJIB RAZAK TIDAK HARUS DENGAR CAKAP LIM GUAN ENG UNTUK MANSUH AKTA HASUTAN


Sejarah telah membuktikan pemansuhan Akta ISA bukan memberi kesan baik bahkan memberikan kesan buruk kepada rakyat Malaysia.

Kesannya, ramai di kalangan pemimpin pembangkang yang cuba memburukkan nama Malaysia dan menyebabkan keselamatan Malaysia terancam seperti yang berlaku di Lahad Datu.

Sehingga kini, Akta Keharmonian yang dicadangkan menggantikan ISA dilihat lemah dan tidak mampu membendung beberapa piahk untuk terus mengancam keselamatan negara.

Terbaru, beberapa pemimpin pembangkang yang ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan kini menunding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sebelum ini mahu memansuhkan Akta Hasutan.

Apabila Akta Hasutan ini dimansuhkan maka semakin banyak kejadian fitnah yang berlaku terutama yang membabitkan pemimpin pembangkang dalam mengejar kepentingan politik mereka.

Ramai pemimpin pembangkang yang mendesak Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata janji Najib untuk memansuhkan undang-undang era penjajahan kuno itu dibuat pada 2012 dan dinyatakan dalam satu temu bual dengan BBC World News.

"Bagaimanapun, sikap 'flip-flop' Najib ke atas Akta Hasutan jelas menunjukkan bahawa dia tidak berani untuk menentang pelampau," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataannya.

Semalam, Putrajaya berkata ia masih memikirkan sama ada untuk mengekalkan Akta Hasutan atau menggantikannya sama sekali, kerana tidak ada undang-undang baru lagi yang digubal sebagai pengganti.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara akan menggubal Akta Keharmonian Nasional hanya selepas isu-isu utama dan asas diputuskan.

"Dengan kegagalannya menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut, Najib membuktikan dia seorang tebusan kepada pelampau," kata Lim.

Jika Lim Guan Eng menganggap Najib sedemikian, tetapi tidak bagi jutaan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Malah tidak keterlaluan dikatakan majoriti rakyat Malaysia masih mahukan Akta Hasutan itu dikekalkan dan jika dipinda sekalipun biarlah hukuman itu menjadi lebih berat.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
September 13, 2014 at 6:31 PM

mana boleh cam tu , nak ambil hati cina , kena la ikut cakap guan eng dan lim kit siang, kalaqu tak camana cina nak undi najib, nanti pru 14, guan eng dan kit siang akan suruh semua cina undi najib, macam yang telah di buktikan bila ISA di hapuskan , semua cina di dunia ni semua undi najib termasuk cina yang di singapore, dichina, tu yang Najib menang 120 kerusi parlimen tu, tu sampai najib offer lagi "apa lagi cina mau?" . Cina jawab kami mau akta hasutan pulak, lepas ni kami mau tukar tak mau Raja pulak, Najib akan terus tanya "apa lagi cina mau"? dan akan terus bagi. Untuk melayu Najib bagi BRIM ha ha ha

Anonymous
September 13, 2014 at 6:56 PM

X payah lah kita nak sibuk2.
Memang biawak sekor ni perosak islam dan melayu.Jadi PM kalau menyakitkan hati akyat bagus letak jawatan sajalah.
Malu punya PM mcm biawak sekor ni

Anonymous
September 13, 2014 at 8:12 PM

setuju 1000%

September 14, 2014 at 12:38 PM

Pembangkang atau siapapun individu yg nak Akta Hasutan 1948 (bbp pindaan telah dibuat sejak tu) menuduh Akta tersebut sbg kuno atau undang2 draconian yg dah lapuk dan tidak releven.Berbagai2 alasan telah mereka utarakan demi pemansuhan akta tersebut.

Kenapa sebenarnya mereka nak sangat Akta Hasutan - peninggalan koloni British - supaya dihapus/mansuh?? Kalau mereka tak nak dituduh "menghasut" janganlah lontar benih2 hasutan - berkenaan kaum,hak,agama etc -.Tak bolehkah mereka berdebat tanpa menyoal tentang hak keistimewaan kaumMelayu,contohnya?sedang hak tersebut ada terpahat dlm Perlembagaan Malaysia.Jika tersentuh "hak" tadi maka tidak salah disabit dgn "menghasut".Kalau tak mahu dituduh menghasut janganlah sentuh "hak" tersebut.

Akta Hasutan 1948,bersifat draconian kah,kuno kah,tak releven kah,masih diperlukan demi keharmonian Malaysia.Jgn kita di Malaysia disamakan dgn negara lain.Ini saja negara kita.Jgn kita hancurkannya.

Sekadar pandangan 50sen.

Anonymous
September 17, 2014 at 9:06 AM

kalau dipinda kenakan lebih teruk 3x sabit kesalahan hukum pancung dikhalayak ramai ...rasanya ramai yang terkedu!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger