MUKTAMAD: TIADA LAGI IKATAN SAH ANTARA DAP SARAWAK DAN PAS SARAWAK


Dahulunya hanya ugutan, tetapi sekarang keputusannya adalah muktamad.

Dengan rasminya DAP Sarawak memutuskan ‘talak’ kepada PAS Sarawak dalam apa jua kerjasama politik selepas ini seperti yang diumumkan Wong King Wei, Ketua Pemuda DAP Sarawak.

Bermula sekarang, DAP Sarawak akan bermusuh dengan PAS Sarawak seperti mana yang mereka berhadapan dengan BN.

Menerusi pendekatan ini akan menyaksikan pertembungan sengit di beberapa kawasan DUN antara DAP Sarawak dan PAS Sarawak khususnya di kawasan luar bandar.

Ini pastinya memberi harapan kepada calon BN di kawasan DUN tersebut untuk mempertahan atau menawan kembali kerusi DUN namun itu tertakluk kepada calon BN atau kewibawaan BN untuk memikat hati pengundi.

Bercakap kepada pemberita mengenai keputusan DAP Sarawak memutuskan hubungan intim mereka adalah disebabkan isu hudud dan terbaru mengaitkan PAS dengan UMNO di Semenanjung.

Ini dikuatkan lagi menerusi sumber portal BNBBC, antara faktor penyebab DAP tidak mahu bekerjasama dengan PAS lagi:

1. PAS tetap memperjuangkan Hudud dan menjadikan landasan politik untuk Islam; mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik,

2. PAS sentiasa berdamping dengan UMNO, dan

3. PAS mengkhianati pakatan rakyat apabila tetap dengan pendirian menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Kejadian terbaru ini pastinya akan merebak kepada DAP dan PAS di peringkat Pusat yang kini dilihat sangat kritikal disebabkan krisis Menteri Besar Selangor.


Tiada lagi pujukan rayu memandangkan DAP telah membuat keputusan muktamad yang sekali gus mencerahkan peluang DAP Sarawak untuk menjadi parti dominan pembangkang selepas PKR Sarawak kini masih tercari-cari jawapan untuk memenangi lebih banyak kerusi DUN Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 29, 2014 at 11:29 AM

CINA KOMINIS

&

MELAYU ISLAM BAHLOL

SAJAK LAH TU......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger