MPP PKR DAKWA PEMILIHAN AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk sekeras-kerasnya pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor kerana didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

Proses memperkenankan lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu telah menjejas kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan, menurut kenyataan dikeluarkan MPP PKR.

MPP, dalam pada itu, turut melahirkan rasa kesal dengan layanan yang diberikan pihak Istana terhadap pencalonan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang telah pun memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri.

“MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, sebagai mengambil kira keperluan menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat, ia telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dr Wan Azizah menarik diri daripada dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera.

"MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan,” katanya.

Wan Azizah mengumumkan menarik diri daripada pencalonan Menteri Besar Selangor setelah pihak Istana Selangor memberi surat rasmi pelantikan jawatan tersebut kepada Azmin Ali petang semalam.

Berdasarkan kenyataan itu tindakan Wan Azizah menarik diri daripada pencalonan MB Selangor disebabkan beliau tidak dipillih dan rayuannya untuk dipilih sebagai MB Selangor telah ditolak Sultan Selangor.


Ini bermakna sebelum surat pelantikan Azmin Ali dikeluarkan petang semalam, Wan Azizah masih lagi berharap agar beliau dipilih sebagai MB Selangor berdasarkan sokongan ADUN PKR dan DAP serta dua orang barua dari PAS.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 23, 2014 at 3:21 PM

Si Kakak Tua Haramjaddah Kena Liwat Pukul dgn Nuar Al Jubori pon masih simpan angan2 nak jadi pupet..

Dasar Hidop dari muda ke Tua jadi pupet tak tahu malu ..sial

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger