MB SELANGOR: WAN AZIZAH LEMAH DAN TIADA CIRI KEPIMPINAN LANGSUNG


Selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberikan sebab utama mengapa PAS tidak bersetuju memilih Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail hanya kerana gagal memimpin, akhirnya ramai cendiakawan akademik bersetuju.

Lihat sahaja Pemilihan PKR 2014 yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk selesai dan ditambah dengan pelbagai macam masalah pengundian termasuklah pembabitan kongsi gelap.

Ini diakui oleh Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan yang menjelaskan, penglibatan ADUN Kajang itu dalam politik hanya secara kebetulan, bukan kerana kepimpinannya.

Apakah semua masih ingat bahawa penubuhan Parti KeADILan ketika itu bukan bersifat membantu rakyat, tetapi sekadar menarik simpati rakyat bagi membebaskan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa.

Kelemahan ketara Wan Azizah ketika ialah ketika berhujah di Parlimen. Dan, kini perkara yang sama telah dilihat dalam Persidangan DUN Selangor sebaik memenangi PRK Kajang.

"PKR juga berdepan dengan banyak masalah seperti isu pemilihan yang berpunca daripada kelemahan pimpinan.

“Banyak keputusan PKR dibuat oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Berdasarkan penilaian ini, ia jelas menunjukkan kegagalan Wan Azizah sebagai pemimpin,” katanya.

Katanya, alasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kerana kurang pengalaman politik, ada asasnya.

“Ini kerana Abdul Hadi sudah lihat kepimpinan Wan Azizah dalam parti dan sebagai Ketua Pembangkang kurang menyerlah. Mungkin Abdul Hadi risau, orang lain akan membuat keputusan untuk Wan Azizah jika beliau jadi menteri besar.

“Ia bukan saja membahayakan parti, tapi bakal merosakkan Selangor. Jika mahu jadi menteri besar, keputusan hendaklah dibuat atas kepentingan rakyat dan negeri, bukan orang di belakangnya,” katanya.

Sebagai parti yang telah lama bersama dengan Pakatan Rakyat, mana mungkin Presiden PAS itu tersilap maklum hanya kerana Anwar Ibrahim.

Hakikatnya pemilihan Wan Azizah itu bukan kerana parti tetapi kerana Anwar Ibrahim.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger