MB SELANGOR: AZMIN ALI DAN DR IDRIS AHMAD JADI CALON KAMBING HITAM


PKR akhirnya terpaksa mengalah dengan kehendak Istana Selangor apabila menyenaraikan tiga nama termasuk Presiden PKR Wan Azizah selain nama Azmin Ali yang kali pertama dicalonkan bersama Dr Idris Ahmad, ADUN Ijok.

Bagaimanapun, kedua-dua nama tersebut, Azmin Ali dan Dr Idris Ahmad hanya sebagai kambing hitam bagi melengkapkan kehendak Istana Selangor yang mahukan setiap parti menghantar nama calon melebihi dua orang.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 ADUN sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

AMINA
September 6, 2014 at 4:11 PM

hello can I know this type of language you use? I am speaking English and swahili but I love this blog

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger