MAJLIS PEGUAM PUTUSKAN BERARAK SECARA AMAN BANTAH AKTA HASUTAN

Badan Peguam Malaysia dalam mesyuarat agung luar biasanya (EGM) bersetuju meluluskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mengadakan protes berjalan kaki secara aman.

“Badan Peguam Malaysia menggesa Majlis Peguam untuk segera menganjurkan protes aman dan mengambil tindakan selanjutnya yang dianggap setimpal bagi menjulang prinsip Badan Peguam Malaysia,” kata pengerusinya Christopher Leong.

Majlis Peguam Malaysia juga turut menggesa Kerajaan Persekutuan agar mematuhi janji untuk memansuhkan akta itu dengan serta-merta serta Peguam Negara untuk segera menarik balik segala dakwaan, kes dan menggugurkan semua rayuan di bawah Akta Hasutan.

Ini perlu memandangkan ramai rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pemimpin pembangkang yang kini sedang dalam proses didakwa Akta Hasutan.

EGM yang meluluskan usul tersebut serta langkah mengadakan protes aman itu berlangsung jam 3.00 petang semalam di Dewan San Choon, Wisma MCA, di Jalan Ampang.

Ini bukan kali pertama Badan Peguam Malaysia mengadakan perarakan secara aman.

Pada September 2007, lebih 2000 ahli Badan Peguam Malaysia dan kalangan rakyat Malaysia telah mengadakan perarakan dari Istana kehakiman ke pejabat Perdana Menteri menggesa kerajaan  membentuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Peguam tidak berarak setiap hari. Bahkan bukan setiap bulan. Tetapi apabila bila mula berarak, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena berlaku,” kata mantan pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 20, 2014 at 6:02 PM

Majlis Peguam sial

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger