MAJLIS PEGUAM KIAN BERCELARU PRESIDEN MEMBELAKANGKAN SUARA AHLI-AHLINYA


Ramai di kalangan ahli-ahli Majlis Peguam marah akan kenyataan yang telah dikeluarkan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong didakwa yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

Sokongan membabi buta Christopher itu dianggap sebahagian besar ahlinya sebagai tidak mewakili badan perundangan tersebut.

Menurut salah seorang ahlinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, majoriti ahli Majlis Peguam Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Christopher.

"Majlis Peguam ini tidak popular kerana jawatankuasanya itu hanya dipilih di kalangan 20 peratus daripada kalangan 15,000 ahli.

"Mereka tidak popular tapi beliau bercakap seolah-olah mewakili kepentingan 15,000 peguam di Malaysia," katanya pada sidang media selepas pelancaran Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini Majlis Peguam Negara adalah antara pihak yang lantang bersuara mendesak agar Akta Hasutan dimansuhkan.

Terbaharu, Christopher dilapor media sebagai berkata, Akta Hasutan digunakan sebagai alat politik dan dibayangkan sebagai undang-undang.

“Ia adalah satu senjata yang digunakan untuk mengugut masyarakat dan untuk menindas perbahasan terbuka dalam masyarakat," dakwanya.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam berkata, beliau akan mengambil tindakan ke atas Majlis Peguam yang merancang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar  Biasa (EGM), minggu hadapan.

“Saya difahamkan 19 September ini mereka akan buat EGM khas untuk mendesak menghapuskan Akta Hasutan.


"Saya tak nak cerita lagi apa tindakan saya, tetapi saya sedang buat sesuatu. Jadi, tunggu sajalah," katanya.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
September 10, 2014 at 4:14 PM

Bar Council under Christopher Leong is actually "COUNCIL OF PAKATAN LAWYERS''. For those LAWYERS who are neutral or PRO BN , are all not fit to be in this COUNCIL.

September 10, 2014 at 4:30 PM

Christopher Leong ni actually Anjing yang Anwar bela.....

Anonymous
September 10, 2014 at 5:27 PM

Christopher bunyi macam Merry Chrismas saja.
Santa Clause bawa hadiah untuk Pembangkang.
Rakyat dah tahu wayang Majlis Peguam dianggotai oleh Majlis Penguin.

Anonymous
September 10, 2014 at 7:56 PM

Alah... apa-apa pun Akta, kalau x d implement dan enforce sepenuhnya, TAK GUNA jugak.... mcm angin je.

Anonymous
September 14, 2014 at 5:31 PM

Christopher leong is Christopher lelong....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger