MAHASISWA UM KIAN BIADAP KERANA TERPENGARUH DENGAN PEMBANGKANG


Tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang tetap meneruskan 'hartal' bersama Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) sebagai tanda solidariti kepada pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom dianggap sebagai biadap dan membelakangkan pengurusan universiti.

Hartal dilakukan oleh pelajar UM dengan mengadakan kuliah di luar kelas di dalam kawasan kampus UM.

Pengerusi PMUM Fahmi Zainol berkata, program berkenaan bukan bertujuan menggalakkan penuntut institusi pengajian tinggi awam itu memboikot kuliah, sebaliknya mereka akan menganjurkan kuliah di luar kelas di dalam kawasan UM.

Tindakan sekumpulan pelajar-pelajar UM mengadakan kuliah di luar kelas dianggap suatu tindakan yang kurang bijak dan menyalahi undang-undang universiti.

"Kami bukan pertubuhan haram. PMUM ialah Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih ketika pilihan raya kampus.

Beliau berkata, pensyarah daripada PKAUM akan mengadakan kuliah mereka di gazebo UM bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

"Kami bukan menggalakkan mahasiswa ponteng kelas atau memboikot kelas mereka, kami menggalakkan mana-mana mahasiswa yang tidak ada kelas untuk menyertai program itu," kata penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Keadilan Sosial itu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof berkata kepada The Malaysian Insider, pihaknya hanya maklum berkenaan permohonan PKAUM dan Majlis Perwakilan Pelajar universiti berkenaan menganjurkan program itu, tetapi tidak mengiktiraf PMUM.

"Kita hanya berikan kebenaran kepada PKAUM untuk mengadakan perhimpunan kerana Azmi ialah presiden mereka," katanya lagi.

"PMUM ini saya tidak tahu, mereka tidak pernah wujud dan saya tidak tahu siapa mereka," katanya.

Kakitangan akademik dan mahasiswa UM dijangka melancarkan hartal pada Rabu sebagai tanda bantahan terhadap penahanan Azmi mengikut Akta Hasutan 1948 minggu lalu.

Hartal ialah perkataan Gujerat yang bermaksud protes beramai-ramai, biasanya membabitkan penutupan tempat kerja, pejabat, kedai dan mahkamah sebagai satu bentuk keingkaran awam.

Rohana bagaimanapun berkata, mahasiswa tidak dibenarkan memboikot sebarang kelas.

"Mana boleh pelajar boikot kelas," katanya.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 10, 2014 at 2:42 PM

Jangan cepat sangat kita "menuduh" Persatuan Mahasiswa UM biadap dan seumpamanya.

Kalau tak salah minggu ni adalah minggu suaikenal di UM.(Sila sesiapa perbetulkan atau bekalkan info terkini).Maka tiadalah kuliah/kelas.Kecualilah terdapat kuliah2 utk mereka yg "repeat papers" atau sebagainya.Kita kurang pasti apa yg berlaku di kampus UM.

Selagi hartal (yg dirancang) tidak membuat porak peranda/kacau bilau di kampus apa salahnya mereka luahkan sokongan kpd pensyarah mereka.Biarlah unsur2 demokrasi diamali pelajar2 kita.Tetapi dengan aman.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger