LANTIK ADUN PAS SEBAGAI MB SELANGOR ANWAR IBRAHIM AKAN DIBULI


Selepas hari Selasa ini, 23 September 2014 pastinya hari-hari seterusnya adalah hari yang paling sedih buat Presiden PKR, Wan Azizah.

Cita-citanya hendak memegang jawatan Menteri Besar Selangor berkecai selepas namanya tiada dalam senarai calon yang ditemuduga biarpun PKR dan DAP hanya mencalonkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah.

Jika benar Sultan Selangor memilih calon Menteri Besar Selangor daripada ADUN PAS, maka inilah masanya membalas dendam terhadap tindakan PKR dan DAP yang menghentam PAS daripada segenap penjuru sehingga menyebabkan PAS bertelagah sesama sendiri.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kredibiliti Anwar tercalar selepas beberapa kali ditegur Istana Selangor berhubung isu tersebut.

“Kuasa melantik menteri besar bukan di tangan Anwar, ia terletak di tangan Sultan. Apatah lagi dia sendiri tidak tidak mengikut arahan sultan supaya hantar lebih dua nama untuk calon.

“Apabila diberi amaran oleh istana supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan menteri besar baharu, semakin terjejaslah kredibiliti Anwar sebagai ahli politik dan sebagai Ketua Umum PKR khususnya. Besar kemungkinan dia sudah tidak dipercayai lagi oleh kebanyakan pemimpin dalam PR,” katanya, semalam.

Menurut Atory, tindakan Anwar yang menghantar satu nama calon tunggal bagi jawatan menteri besar jelas menunjukkan kedegilan ketua umum itu untuk merampas jawatan berkenaan dari legasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kalau kita lihat, istana pun seakan bermain tarik tali selepas enggan mengumumkan nama menteri besar.

“Dalam hal ini, Anwar rugi besar kerana jika istana mahu Abdul Khalid kekal atau jika istana mahu Adun PAS jadi menteri besar, semakin rugilah Anwar dan bonus buat PAS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, kredibiliti Anwar tercalar di mata sultan, namun namanya dalam PR utuh kerana beliau mempunyai sokongan dari penyokong tegarnya.

“Mungkin selepas ini Sultan Selangor enggan percaya Anwar. Isu ini membuatkan pergeseran dalaman antara PAS dan PKR semakin teruk dan ia hanya dapat diselesaikan jika menteri besar baharu dilantik dalam masa terdekat.

“Masa depan PAS bersama PR terletak di tangan sultan bagi menyelesaikan konflik ini dengan segera, jika menteri besar baharu dilantik, maka konflik antara mereka selesai,” katanya.

Pihaknya tidak menolak berlaku perpecahan antara PAS dan PR jika menteri besar baharu dilantik di kalangan ADUN PAS.

“Pasti berlaku perpecahan kerana jika menteri besar baharu adalah ADUN PAS, ia bukan seperti yang dimahukan PKR dan DAP, maka tidak mustahil dan mungkin selepas ini PAS akan bergerak sendiri.

Apa pun yang berlaku selepas ini yang pasti Menteri Besar Selangor yang baharu bukan Wan Azizah.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger