KETUA WANITA PKR ZURAIDA KAMARUDDIN MAHU AZMIN BERI JAWATAN EXCO SAGU HATI KEPADA PAS


Di sebalik Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mahu PAS tidak diberikan jawatan Exco dalam kepimpinan Negeri Selangor yang baharu.

Ini semua gara-gara tindakan 4 Exco PAS sebelum ini yang tidak meletak jawatan dan menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Malah, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menggelar 4 pemimpin PAS Selangor yang juga bekas Exco Selangor sebagai PENGKHIANAT.

Zuraida Kamaruddin sudah tidak berselindung lagi malah beliau mahu mengajar PAS dengan mengkaji semula keanggotaan parti itu dalam barisan Exco dibawah pentabiran Azmin Ali.

"Pandangan peribadi saya ialah kuota bagi setiap parti harus dikaji semula kerana PAS tidak sokong calon Menteri Besar kita (PKR-DAP) (Wan Azizah),'katanya.

Malah beliau seolah menyindir dengan berkata PAS hanya patut diberi 'kerusi saguhati' sahaja dalam barisan baru Exco Selangor.

Sebelum ini PAS mempunyai 4 Exco berdasarkan kerusi yang di menangani mereka lebih banyak berbanding PKR dan DAP.

Ahli Parlimen Ampang itu menyatakan demikian kepada wartawan di ibu pejabat PKR Rabu.


Azmin dijadual mengumumkan barisan Exco baru dibawahnya Khamis manakala majlis angkat sumpah Jumaat ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger