KERANA DENDAM, PASMA IKUT TELUNJUK DAP DAN PKR TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO


Sekumpulan ahli PAS sudah memulakan kempen untuk memastikan parti Islam itu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), satu langkah yang boleh dilihat sebagai cabaran kepada kepimpinan konservatif Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad.

Menurut sumber, PASMA ditubuhkan dengan bermatlamat menghalang PAS meninggalkan PR dan bekerjasama dengan UMNO.

"Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul," kata salah seorang penggerak PASMA.

Beliau enggan dikenali kerana kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

Inisiatif ini bermula selepas Hadi memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos beliau mahu bekerjasama dengan  UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.

Masih belum dipastikan bagaimana pimpinan PAS akan memberikan reaksi terhadap gerakan ini.

Bagi menjelaskan kenapa PAS perlu menolak kerjasama dengan UMNO dan mengekalkan mereka dalam PR, PASMA akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS perlu kekal dalam PR dan menolak UMNO.

Majlis penerangan pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September dan akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Presiden PAS Husam Musa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura Ahmad Awang.

Jelaslah di sini bahawa panel-panel yang dijemput itu sememangnya golongan Anwarinas yang menentang penggabungan PAS dan UMNO demi kerana percaya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
September 3, 2014 at 1:09 PM

Bair lah mereka nak terus bersama Pakatan,tapi orang Cina tidak akan mengundi gulungan ulamak lagi.mereka akan hanya memberi undi pada gulungan liberal Pas,calun berkopiah jangan harap nak dapat undi mereka.Akhirnya Pas akan di kusai oleh gulungan liberal,MP dan ADUN Pas 80% adalah gulungan ini nanti.LKS dan LGE dah atur ini semua.Mereka lebih rela Umno menang berbanding gulungan pro ulamak Pas.

Anonymous
September 3, 2014 at 2:47 PM

Kesian amano... harapkan Pakatan runtuh, tapi bertambah kukuh plak...

Anonymous
September 3, 2014 at 11:01 PM

kau ni masih berkhayal kerana ketum?

Anonymous
September 7, 2014 at 9:53 PM

ni namanya gila perasan...

Anonymous
September 8, 2014 at 9:11 PM

Dulu Anwar hampir meranapkan UMNO, tapi alhamdulilah, sempat diselamatkan juga. PAS perlu mengambil iktibar dari sejarah hitam UMNO ini. Bibit-bibit persamaan hasil kerja tangan Anwar sudah hampir terserlah.

Anonymous
September 8, 2014 at 9:13 PM

R.I.P to PAS and PKR and PR...what is getting stronger..DAP...a dirty Malaysian politic..back stabbing each other..HIDUP BN..we have only you THAT WE TRUST to bring this country to a peaceful one...HIDUP BN..

Anonymous
September 8, 2014 at 9:13 PM

Kalau dulu Anwar berjaya membuat orang membenci Tun Mahathir, sekarang dia telah mula berjaya membuat orang membenci Hadi. Ada persamaan tak? PAS masih tak percaya lagi?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger