KEMELUT PAKATAN RAKYAT PENGAJARAN BUAT PAS


Biarpun ditindak dan diherdik oleh kepimpinan PKR dan DAP, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya untuk terus ‘bersama’ dengan kedua-dua parti itu di dalam Pakatan Rakyat.

Jika itu di pihak Presiden PAS dan kepimpinan tertinggi PAS, tetapi tidak bagi ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi.

Ini sememangnya akan berlaku kerana kepimpinan tertinggi PAS melihat ‘kuasa’ sekiranya mereka berada terus di dalam Pakatan Rakyat biarpun ditengking dan ditindas dengan pelbagai macam rupa.

Tetapi, bagi ahli-ahli PAS mereka sangat terhina apabila melihat PAS ditindas sebegitu rupa biarpun sebagai sebuah parti terbesar di Malaysia jika dibandingkan dengan PKR dan DAP.

Di manakah pendirian kepimpinan PAS dalam memartabatkan parti Islam itu yang sekarang ini dihina sedemikian rupa oleh PKR dan DAP?

Bagi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, kemelut yang berlaku antara PAS dengan PKR dan DAP juga membawa kepada perpecahan dalaman PAS khususnya melibatkan golongan ulama dan profesional (Anwrinas).

Sepatutnya, Presiden PAS mengambil iktibar di atas pertentangan kedua-dua golongan ini agar PAS masih dilihat relevan dalam perjuangan membawa Islam.

Berkawan dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bukan membawa kesenangan bahkan membawa bencana kepada PAS.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Anwar Ibrahim, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya Tun Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk UMNO dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.


Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 22, 2014 at 11:16 AM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T MUSLIMIN ,MUSLIMAT & SALAM SEJAHTERA TUAN2 PUAN2..

TAHUKAH ANDA
DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK ANDA TANPA ANDA SEDAR/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA
UNTUK MENYERTAINYA?

KLIK DI SINI
http://www.needjiadi.blogspot.com/

• IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

• TIADA PAKSAAN UNTUK
MENYERTAINYA.100% TERSERAH
KPD ANDA KERANA
PERKHIDMATAN/PROGRAM INI
BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR
IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

• FOR A BETTER WORLD FOR OUR
FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

TERIMA KASIH KERANA SUDI
MEMBACA.
WASSALAM...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger