ISTANA SELANGOR TEGUR ANWAR IBRAHIM

Istana Selangor hari ini menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenyataan Anwar Ibrahim boleh diibaratkan menghasut kerana ia tidak benar dan mempunyai niat tertentu untuk mencemar nama baik sultan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor.

“Adalah menjadi polisi istana untuk tidak mendedahkan nama dan juga maklumat calon-calon yang telah dikemukakan serta proses pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Namun memandangkan keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan perkara sebenar,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Mohamad Munir menjelaskan, Sultan Selangor menafikan kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan bahawa amalan menghantar satu nama calon menteri besar merupakan praktis sejak tahun 1957.

“Kenyataan Anwar itu adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat. Situasi sebenar yang berlaku semasa pentadbiran BN, pemilihan calon Menteri Besar Selangor dipersembahkan kepada sultan oleh Perdana Menteri melalui Majlis Menghadap Sultan.

“Dalam majlis berkenaan Perdana Menteri akan menyembahkan beberapa nama calon yang difikirkan layak untuk mendapat perkenan Sultan dan daripada senarai nama calon tersebut sultan akan memilih seorang calon untuk dilantik sebagai menteri besar,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Munir menambah, berbeza dengan PR, pemimpin parti itu telah diminta oleh istana untuk mengemukakan empat nama calon menteri besar selepas PRU13.

Bagaimanapun, PR hanya mencadangkan satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger