GURU DISYAKI DALANG MEMBOCORKAN SOALAN UPSR TELAH DITAHAN POLIS


Akhirnya usaha menjejaki dalang disebalik mereka yang membocorkan kertas soalan UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris menemui kejayaan.

Empat orang guru, tiga daripadanya lelaki telah ditahan di Pulau Pinang dan Perak kerana disyaki terlibat dalam isu kebocoran kertas soalan UPSR yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang ditahan berusia di antara 30 sehingga 54 tahun.

"Penahanan dibuat pada pukul 3.30 petang di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

"Semua gajet komunikasi mereka turut dirampas," katanya.

Pada Jumaat, polis telah mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan dan seorang wartawan bagi membantu siasatan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR.

Kong Meng turut menjelaskan, pihaknya sedang mengumpul keterangan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala  kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

Ramai ibu bapa dan masyarakat mahu mereka yang disyaki dalang dalam membocorkan soalan kertas UPSR itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat kerana telah banyak menyusahkan rakyat terutama kanak-kanak yang menduduki peperiksaan itu.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

September 14, 2014 at 8:30 PM

PDRM TERBAIKKKKKK

Anonymous
September 14, 2014 at 8:30 PM

Kalau ada peruntukan Undang Undang keseluruhan ibu bapa murid saman ganti rugi Kos keatas guru guru terbabit... biar mereka bengkrap.. ini tauladan yg menyedarkan sesiapa yg mengkhianati anak bangsa kita...Sekecil usia UPsr pon dikhianati...

Anonymous
September 14, 2014 at 9:40 PM

Setuju..... ambil tindakan tatatertib dan buang kerja...agar menjadi satu pengajaran..BERTAPA SUKARNYA MENGAJAR GURU BERINTEGRITI ( bukan semua guru ) yang kuang ajer aje..

Anonymous
September 14, 2014 at 10:43 PM

Sementara isu UPSR ni diPERBESARkan mcm nak runtuh negara (PDRM dah buat siasatan - apalagi bising mcm. ini isu utama sampai nak jatuhkan Kem. Pendidikan -sebenaqnya inilah motif utama si DAPBANGKAI/PKRSODOM!), lihat si PNGKHIANAT senyap-senyap nak buat perjanjian BANGSAT dgn. tentera Amerika pro-ZIONIS! Kalau ini betul, baiklah Menteri Pertahanan-LIBERAL BERHENTI saja - geram betul aku puak-puak LIBERAL ni!

Lihat di - http://www.presstv.ir/detail/2014/09/14/378715/us-spy-planes-will-use-malaysia-airbase/ , US says Malaysia offers to host surveillance planes, Sep 14, 2014:

A top US Navy officer says Malaysia has offered to let the US use one of its airbases to fly military spy planes over the South China Sea, a move that will likely increase frictions with Beijing.

Malaysia’s recent request to the US to operate the P-8 Poseidon aircraft to fly out of the country’s most eastern area would give the US greater proximity to the South China Sea, Admiral Jonathan Greenert, the US Chief of Naval Operations (CNO), said in Washington on Monday.....

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
September 14, 2014 at 11:37 PM

Dan si AG-LIBERAL-PENGKHIANAT-yg. patut diPECAT-lama dulu lagi -
kenapa si guan eng-SIAL tak pula diTANGKAP kerana menubuhkan Pertubuhan Haram yg. disyaki GENG KONGSI GELAP? Dan apa jadi 10, 000 ahli PPS yg. kononnya mahu disiasat polis - dah SENYAP berita!

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger