GOLONGAN ANWARINAS MAHU TIKAM BELAKANG DAN HAPUSKAN PERANAN PRESIDEN PAS


Disebabkan tidak sehaluan dengan keputusan PKR dan DAP dalam mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dan pendiriannya tetap dengan menyokong Khalid Ibrahim serta sering bercanggah keputusan dalam setiap perancangan PKR dan DAP, akhirnya tercetus konflik yang tidak dapat dielakkan.

Tiada sebarang kejutan apabila Dewan Ulama PAS mendedahkan wujud perancangan pihak tertentu dan terancang dalam menghapuskan peranan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dari belakang.

Seperti PKR, konflik PAS dijangka lebih teruk sebaik sahaja insiden PAS yang tidak menyokong pencalonan Wan Azizah secara langsung dalam jawatan Menteri Besar Selangor?

Dewan Ulama PAS berpendirian tidak mencalonakn Wan Azizah manakal PAS dalam keputusannya mencalonkan dua nama sebagai tanda tidak setuju mencalonkan Wan Azizah.

Abdul Hadi Awang merupakan golongan ulama yang masih berpegang kepada ajaran Islam dan kerap bercanggah pendapat dengan golongan Anwarinas yang dipelopori Mohamad Sabu.

Isu tersebut dipercayai sudah menjadi barah kepada Pas sehinggakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mempersoalkan apakah masih ada pemimpin kanan parti itu yang berkiblatkan al-Quran dan Sunnah.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata Mohd. Khairuddin sebagaimana dipetik daripada laman Facebooknya.

Perpecahan dalaman PAS akibat pertembungan antara golongan ulama dan kumpulan yang pro Anwar Ibrahim mula dikesan sejak 2008 dan polanya makin ketara selepas muktamar parti itu, yang menyaksikan ramai tokoh agama kecundang.

Dan, pada hari ini peranan pemimpin yang proAnwar mula menampakkan keberkesanannya sehingga membelakangkan suara majoriti dan tidak lagi berasaskan Al-Quran dan Sunnah.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
September 5, 2014 at 8:36 AM

Anak mamak kutik pengikut syiah ni mana tau hormat ulamak....

Anonymous
September 5, 2014 at 8:54 AM

keluar je lah dari pas.. buat parti baru..

Anonymous
September 5, 2014 at 8:57 AM

Dari dulu lgi org dak kata....syiah ...pluralis...libral dan lgbt....dlm pas...semua ada dalam pas....takdir tuhan smpi skg tak terjadi perpaduan dng umno....kjaan perpaduan....klu terjadi kjaan perpaduan lagi bertamvah masalah....hikmah kenapa tiada terjadi takdir tuhan tak terjadinya kjaan perpaduan....

Anonymous
September 5, 2014 at 10:25 AM

Pas tubuh PASMA = Papa Sayang Mama = Anwar calonkan bininya untuk jadi MB boneka, puak Anwarinas jadi kuda menjayakan nepotisme Anwar. Bagus...bagus bijak

Anonymous
September 5, 2014 at 1:13 PM

bolleh nampak perangai anuar sama macam mamat ni

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger