GILIRAN ANWAR IBRAHIM MOHON AMPUN KEPADA SULTAN TAPI SERANG NAJIB RAZAK


Selepas DAP menerusi Setiausaha DAP, Lim Guan Eng memohon ampun terhadap Sultan Selangor, kini giliran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berbuat demikian.

Ini semua gara-gara melanggar perintah Sultan Selangor yang mana DAP dan PKR hanya mencalonkan satu nama.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan maaf tersebut menyatakan tindakan PKR dan DAP melanggar titah Sultan dengan mengemukakan satu nama calon, disebabkan mereka mematuhi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ‘convention’ sejak 1957.

Ini secara jelas DAP dan PKR melanggar titah Sultan Selangor secara sengaja dan bukannya atas sebab tektikal.

Meskipun tindakan PKR bersama sekutunya, DAP itu disifatkan sebagai perbuatan menderhaka kepada Sultan oleh pihak istana Selangor, Anwar tetap menegaskan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat tetap tegak di atas prinsip menjunjung sistem Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam (Isnin), pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957, menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

“PKR mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu dan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya menerusi satu kenyataan media, Selasa.

Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyerang PKR kerana menghantar satu nama, sama seperti yang diamalkan BN dalam sejarah pemerintahannya.

Katanya, kenyataan Najib pada Isnin juga adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem Raja Berperlembagaan.

Tanpa mengendahkan hakikat bahawa isu perlantikan Menteri Besar Selangor sekarang ini merupakan satu krisis berbeza dengan perlantikan menteri-menteri besar sebelum ini dan adanya titah Sultan yang khusus agar dikemukakan kepada Baginda lebih daripada dua nama calon menteri besar.

Anwar berkata, “Datuk Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

“Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan kerajaan BN dan tidak menyerang PKR kerana mematuhi amalan yang sama,” katanya.

Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi.

Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
September 10, 2014 at 8:56 AM

It really shows anwar is most insincere and useless individual or leader and rightly not the chosen one for PM' s position. BN is a solid and legal coalition. They have no problem in any nomination be it state or parliament PR is not. Stabbing, badmouthing, humiliating each other, inconsistent is the characteristics of PR. That is why tuanku sultan wants a few nanes for him to chose. Afterall this MB needs to work together with him to see selangor and its rakyat develop and remain properous. Anwar....you are a nut and deserve to rot in sg buluh jail.

Anonymous
September 10, 2014 at 9:08 AM

Kadang2 kita lupa...yang kita hidup tak lama !

Anonymous
September 10, 2014 at 10:02 AM

itulah cara nuwar sejak azali akan mengalihkan masalah sendiri kepada orang lain,dan menuduh orang lain untuk menutup salah sendiri,perhatian orang tidak kepadanya.anwar is nothing ,cuma pandai memainkan kata-kata,mana yg sedar sedarlah,yg tidak ,ikutlah tengelam bersama nya.melayu senang dipengaruhi dan mudah terpengaruh .malas berfikir sebelum bertindak .

September 10, 2014 at 10:08 AM

tapi anwar selalu lupa.....masuk umno...umno rosak...masuk PKR....pkr rosak....sememang anwar ni paresit paling bahaya...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger