DORIS JONES CABAR KERAJAAN MALAYSIA


Isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) semakin menjadi-jadi biarpun sambutan Hari Malaysia telah disambut meriah di Miri, Sarawak.

Doris Jones, seorang aktivis dari Sabah yang kini tinggal di United Kingdom, menjelaskan tujuan dia mewujudkan kumpulan SSKM di Facebook untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk mengenai status wilayah ini dalam Malaysia dan melaksanakan kempen pendidikan.

Kenyataan itu sangat bertentangan dengan apa yang dilihat di dalam Facebook sebagai medan menghasut untuk membawa Sabah Sarawak keluar Malaysia.

“Kempen kami semakin berkembang sejak empat tahun lepas terutamanya di kalangan generasi muda dan telah diinstitusikan di bawah Kesatuan Sarawak Sabah – UK,” kata Doris dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh polis Sabah bahawa mereka sedang memerhatikannya dan kini memburunya.

Salah satu matlamat kempennya adalah untuk bersuara menentang pencabulan hak-hak asasi manusia dengan merujuk secara khusus kepada akta drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ramai menggesa supaya dikembalikan dan Akta Hasutan.

Beliau mengalu-alukan sebarang langkah oleh Kerajaan Malaysia Untuk membawanya ke Mahkamah di United Kingdom.

“Mereka boleh mengemukakan keterangan mereka di Mahkamah dan saya akan mencabarnya,” kata Doris mengesahkan bahawa tiada sesiapa menghubunginya setakat ini..”

Dalam kenyataan ringkas beliau, Doris berkata dia dilahirkan di Sabah, Borneo Utara dan pernah bekerja dengan seorang akauntan dan seorang hakim Australia.

Share this article :
 

+ comments + 20 comments

Anonymous
September 19, 2014 at 7:26 AM

BODOH. Bukan saya ckp, TSAS yg cakap....

September 19, 2014 at 8:18 AM

hahahaha...tak duduk kat Sarawak pun... apa susah kalau masih rakyat Malaysia, tarik aje kerakyatan dia.. Apa nak susahkan kepala otak pergi tangkap dan bicarakan... Ini jenis rakyat yg tak diperlukan oleh Malaysia... Hidup senang lenang kat negara orang, nak menyusahkan hidup rakyat dinegara sendiri..Bodoh

Anonymous
September 19, 2014 at 8:58 AM

Saudara dia orang Sabah lah bukan dari Sarawak

Anonymous
September 19, 2014 at 9:52 AM

Ni lah bila rasa diri dia dah bijak sangat...siap cabar mencabar....bagi saya dia adalah seorang rakyat yg menderhaka. Tarik balik kerakyatan dia.. hidup mewah di barat...cara fikir pun baratlah sangat......saya rakyat Sarawak juga dan ada hak pertahankan hak saya yg mahu hidup aman dalam Malaysia.

Anonymous
September 22, 2014 at 6:48 PM

bukan susah sanggat pun , kerajaan cuma perlu matikan/batalkan passport dia ..secara automatik Dorris jadi pendatang di london dan bukan rakyat negara ini lagi !

apabila passport dia dah batal, Doris mahu atau tidak terpaksa balik ke negara ini untuk perbaharui , jika dia tak balik bermakna dia jadi pendatang di London,
masalahnya, kerajaan masih tak mahu bertindak , masih berlembut dan diplomasi tersanggat sanggat ...

Anonymous
September 22, 2014 at 6:50 PM

jika Dorris dibicarakan , kena guna mahkamah malaysia bukan mahkamah London , ada faham ? apa pula dia menyalak kata bicarakan dia dimahkamah London ?
bodoh ...

Anonymous
November 25, 2014 at 10:07 PM

Doris Jones berani kerana benar wahai saudara.Malaya tidak berani tangkap beliau kerana bimbang kes penipuan mereka yg sangat memalukan di mata dunia dihebohkan.Pemimpin Malaya sepatutnya tidak perlu menipu untuk maju kerana mereka merupakan gambaran Jemaah Islam sejati.Dan ketahuilah bahawa Islam itu bukan umat penipu.Kalau tak percaya sila tanya Ustaz.Kami muslim Sabah hanya menuntut hak kami berhubung perkara 20.Apakah saudara tidak terharu pada nasib kami.Oleh itu Doris itu benar dan bukan penghasut.Kami rakyat SS tidak perlu dihasut kerana kami sendiri tahu kebenaran itu.

Anonymous
November 25, 2014 at 10:13 PM

Ini kes antara negara2 iaitu Negara Malaya,Negara Sarawak dan Negara Sabah.So mahkamah dunia yg menanganinya.

Anonymous
December 2, 2014 at 8:14 PM

Anon kat atas tak setuju dengan SSKM , apa hak kamu? Kamu dengan hak negeri engkoorang engkorang punys suka lah , kami dengan Sabah Sarawak kami ada hak mutlak kamu keatas nya.

Anonymous
December 2, 2014 at 8:40 PM

Aku tetap rakyat Sabah, lain dengan pendatang Philipin yang orang semenanjung kasi ic haram nak sambung hayat untuk terus memerintah dan memunggah kekayaan hasil kami

Anonymous
December 28, 2014 at 10:22 PM

sejak bila NEGARA sabah sarawak di down gred kepada status "NEGERI"?? pkir baik2 scara logik akal.. bukanka itu suda melanggar perjanjian MALAYSIA? xda dlam perjanjian yg NEGARA sabah n srawak akan di downgred kepada NEGERI slepas perjanjian termaterai..BTW, perjanjian pnubuhan MALAYSIA sda batal la bila singapore sda kluar dari federation.....rkyat sabah terutama muda mudi x bodoh...mata dan pikiran kami sda terbuka luas...sabah sarawak harus keluar..segala hasil bumi sabah sarawak di gunakan d smnanjung..saiz smnanjung saja suda dpat dikalahkan saiz negara sarawak...hak sabah sarawak dirampas..kini masanya kita bangkit anak2 muda sabah sarawak..perjuangkan kemerdekaan..pastikan kita didik sejarah yg sebenar kepada anak2 kita kelak..agar anak2 kita juga dapat berbuat demikian kepada anak2 mereka..dan ke generasi2 seterusnya..i support sskm..

Anonymous
March 14, 2015 at 9:12 AM

mengaku dulang paku serpi.. mengata org kmu yg lebi2.... ala klw xtw pasal politik tu jgn la sibuk klw skola bru tahun 2... sbp mengeluarkan bahasa kesat
lebi hina dari org yg xpunya akal... okey... insaf la....

October 7, 2015 at 5:01 PM

Sy sokong doris sbb selama negara sabah n sarawak jadi rakan kongsi malaya semua hasil kat negara sabah n sarawak diambil bawa pergi malaya tp apa pembangunan yang dibuat kat negara sarawak n sabah malah banyak perkara ditukar oleh pihak malaya tanpa berbincang dengan rakan kongsinya iaitu Negara sarawak n sabah...ikut suka hatinye je tukar...

Anonymous
October 8, 2015 at 10:00 AM

Saudara, sekejap kau cakap kau org Sarawak, kejap lagi kau org Sabah?? Bagi kau Malaysia aman? Tapi kenyataan Malaysia bukan begitu. Saya bukan suka Doris tapi saya suka perjuangan dia. Saya menyokong perjuangan Doris tak bermakna saya sokong dia jadi president atau apa-apa. Kenapa kau cakap Doris derhaka? Siapa yg derhaka sebenarnya? Siapa yang mengubah dasar dasar perjanjian persekutuan Malaysia? Saya juga orang Sabah dan tak salah kita menuntut apa yg memang hak kita rakyat Sabah. Atau kau tak dapat terima yang sebenarnya Malaysia itu hanya satu persekutuan dan bukan negara. Bila masa Malaysia merdeka sedangkan Malaysia tak pernah dijajah? Malaya, Sabah dan Sarawak ada hari kemerdekaan masing-masing. Dan inilah kebenaran yg diselindungkan selama ini.

Anonymous
October 12, 2015 at 10:45 PM

kamulah penyembah pantat Malaya

July 6, 2016 at 10:46 PM

Saya sangat-sangat setuju sabah sarawak keluar malaysia..malaysia sangat membebankan.

July 6, 2016 at 10:52 PM

Malaya miskin..tanpa sabah sarawak malaya tak boleh makan selain dripada mencuri harta sabah sarawak..

July 6, 2016 at 10:52 PM

Malaya miskin..tanpa sabah sarawak malaya tak boleh makan selain dripada mencuri harta sabah sarawak..

September 14, 2016 at 5:17 PM

Doris jones..teruskan

January 2, 2017 at 10:24 PM

Tindakan yang sangat baik. teruskan perjuangan, SABAH SARAWAK BOLEH MAJU.. Tuhan pasti berpihak pada SS.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger