CALON MB SELANGOR: PKR KECEWA, PAS ADA PELUANG JAWAT MB SELANGOR


PKR melahirkan kekecewaan terhadap PAS kerana tidak menghormati keputusan muafakat Pakatan Rakyat dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata keputusan pemuafakatan itu sebenarnya telah dicapai antara pemimpin tertinggi PKR, PAS dan DAP dalam satu mesyuarat khas 17 Ogos lepas.

Persoalannya, kenapa PAS memungkiri pemaufakatan itu? Apakah ini disebabkan pengaruh UMNO dalam PAS yang menyebabkan parti itu mencalonkan tiga nama dengan nama Pengerusi PAS Selangor di kedudukan pertama berbanding nama Wan Azizah?

"Saya berpendapat tidak sukar untuk memahami peri pentingnya muafakat itu dijaga," katanya kepada Bernama.

Sebuah portal akhbar tempatan hari ini mengatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama terdiri daripada anggota Exco Selangor kepada pihak Istana untuk dipertimbang bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Media itu dipetik melaporkan ADUN PAS yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 6, 2014 at 6:48 PM

bukan pas x hormati...tp pkr yg bengap..
arahan mudah dr sultan pun x blh faham...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger