CALON BN DILIHAT FOVOURITE UNTUK MENANGI PRK #PengkalanKubor


Hasil kajian yang dilakukan UMNO dan BN sepanjang dua minggu kempen PRK DUN Pengkalan Kubor didapati hampir 90 peratus pengundi sudah ada pilihan calon masing-masing.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini hanya 10 peratus pengundi atas pagar yang masih tidak tahu calon mana akan dipilih mereka.

Beliau berkata, tumpuan jentera sehingga saat terakhir tempoh berkempen ialah memastikan 10 peratus pengundi itu membuat pilihan mengundi BN.

"Kajian ini telah dilakukan oleh jentera Wanita sebagai jentera hadapan kita dalam tempoh dua minggu ini mengenai penerimaan mereka terhadap calon yang diketengahkan parti-parti bertanding," katanya dalam sidang akhbar.

Begitu pun petugas BN tidak harus leka dengan dapatan itu dan harus bekerja keras dalam memastikan 10 peratus pengundi atas pagar memihak kepada BN.


Pastikan calon PAS yang sebelum ini dikecam hebat disebabkan kempennya yang menyerang peribadi calon BN dikalahkan dengan majoriti yang besar.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger