BLOGGER BOGEL ALVIN TAN JAWAB KENYATAAN PEDAS KETUA POLIS NEGARA


Selepas melarikan diri jauh di Amerika Syarikat, Alvin Tan yang mencetuskan kontroversi pada bulan puasa dengan mengejek umat Islam dengan makanan babi haram kembali mencetuskan kontroversi.

Terbaru, Alvin Tan telah membalas kenyataan pedas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam laman facebooknya.

“Seandainya Ketua Polis Negara bersemangat untuk melawan jenayah dan rasuah sepertimana beliau bersungguh-sungguh untuk menangkap orang yang menghasut…..,” sindir blogger seks kontroversi, Alvin Tan.

Alvin di dalam laman Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menyindir tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“If only the IGP is as passionate in fighting crime and corruption as he is in catching people for sedition…,” tulisnya di dalam laman Facebook.

Sebelum ini, Khalid sewaktu dihubungi oleh akhbar nasional telah menyatakan bahawa pihak polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

“Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Alvin kini dikatakan berada di Los Angeles, Carlifornia berdasarkan lokasi kemas kini di laman sosial Facebook.

Beliau sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen menyerahkan sementara pasportnya atas alasan ingin ke Singapura untuk penggambaran sebuah filem dokumentari.

Sebelum ini, Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook.

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 29, 2014 at 11:13 PM

Syaitan dah keluar tanduk....hakim yg buat keputusan pulang passport alvin dgn alasan ada penggambaran di singapura perlu di siasat dan di bicarakan kerana membantu si sial tu lari ke us...mentang 2 lu hakim...lu ingat keputusan lu semua betul...butolah

Anonymous
September 30, 2014 at 3:42 AM

Hakim pun takut dengan peguam. Peguam negara buat apa?

Jika kena pada bangsa Melayu tak sampai seminggu dah kena tindakan. Melayu PAS dok buat apa. Takut dengan DAP.

Eloklah sama2 makan bah kut Teh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger