BETUL KE PARTI DAP KOMUNIS MOHON AMPUN TERHADAP SULTAN SELANGOR?


Selepas Sultan Selangor melabelkan parti pembangkang DAP dan PKR sebagai penderhaka, baharulah nak sedar dan mohon ampun maaf?

Sedangkan sebelum nak buat dan tahu akibatnya, tetapi masih juga nak buat? Bolehkah orang sebegini dimaafkan? Seharusnya orang ini tidak layak duduk di negara yang bertujangkan Raja Berpelembagaan.

Atas sebab itu, DAP memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sebagai  calon menteri besar baharu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.

Apakah sikap sebegini yang dikatakan setia dan mempertahankan institusi Raja Berpelembagaan? 

“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya.

Jelas bahawa DAP lebih mengutamakan Anwar Ibrahim berbanding tindakan setia dan mempertahankan institusi Raja Berpelembagaan.

Semalam, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulitnya menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama bagi calon jawatan menteri besar. 
 
Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.
 
Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima senarai calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat namun hanya PAS yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 10, 2014 at 3:57 AM

Jgn. nak percaya KELENTONG si DAPBANGKAI/PKRSODOM - takut kena tangkap bawah Akta Hasutan lah tu?! Yg. kes PPS pula, tu kenapa senyap saja?! Takkanlah si guan eng/rayer-KANGKANG BABI dan beribu geng KONGSI GELAP DAPBANGKAI nak biaq terlepas?! Geram betul aku - kalau Islam/Melayu, AG-LIBERAL-PENGKHIANAT-yg. patut diPECAT, takkan lepas! http://www.mykmu.net/2014/09/09/pendakwaan-akta-hasutan-peguam-negara-buat-flip-flop/ , Pendakwaan Akta Hasutan, Peguam Negara Buat “Flip-Flop”?, Posted by lawyer cabuk , 9 Sept 2014

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger