BEREHATLAH ENGKAU DI SANA DENGAN TENANG DAN AMAN SELAMA 12 BULAN


Benar kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Akhirnya penjara juga tempat persinggahan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap aktivis sosial Adam Adli Abd Halim, 25.

Biarpun dikenakan hukuman penjara, Adam masih bersikap ego seolah-olah mahu terus menghina undang-undang negara.

"Apa yang berlaku hari ini adalah satu lagi sebab bagi saya untuk meneruskan perjuangan. Penjara 12 bulan ini membuktikan bahawa Akta Hasutan ini diguna pakai untuk menghukum orang yang berbeza pendapat.

"Kita akan teruskan kempen Mansuh Akta Hasutan. Kita juga akan tekankan pembebasan ramai lagi yang didakwa, ditahan dan disimpan di bawah Akta Hasutan," kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya jika beliau takut dengan usaha-usaha beliau dan juga hukuman penjara yang diterima Adam Adli berkata, "Hukuman penjara tiada apa-apa berbanding dengan dibawa ke tempat yang tidak diketahui."

Sementara itu, peguam Latheefa Koya yang mewakili Adam Adli berkata mereka akan membuat rayuan dalam tempoh sebulan dan menunggu keputusan Mahkamah Rayuan kelak.

Beliau turut membantah proses mitigasi pihak pendakwa raya yang telah menggunakan caj dan penyiasatan lain pada hasutan bertujuan untuk mempengaruhi mahkamah bagi memberatkan hukuman tersebut.

Aktivis sosial itu didapati bersalah atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada Mei 2013.

Adam Adli didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada 13 Mei lepas.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

September 19, 2014 at 4:35 PM

ada harapan boleh bersama dengar anwar.

Anonymous
September 19, 2014 at 5:21 PM

ada harapan kena liwat dengan anwar

Anonymous
September 19, 2014 at 5:23 PM

Melayu berkeupayaan akdemik rendah, pada umur kurang matang akan memlih utk jadi sosial aktivis utk berjaya dan guna laluan pintas.

Anonymous
September 19, 2014 at 5:31 PM

Selamat bercuti selama setahun dgn penginapan dan makan minum percuma...hehehe

Anonymous
September 19, 2014 at 5:46 PM

pakej hebat, penginapan dan makan percuma. tahniah adam adli. tapi aku nak komplen sikit bagi pihak adam adli, kenapa hadiah tu lewat sangat diberi, bukankah 'kemenangan' adam adli tu pada mei 2013? oooooh, lupa pulak. mungkin ada dasar kerajaan yang tersirat, jika 'pemenang' itu menyokong kerajaan, cepatlah dapat hadiah. adam adli pulak adalah pengkritik kerajaan, tu pasal hadiahnya lambat. ooooooooo gitu ceritanya.

Anonymous
September 19, 2014 at 5:52 PM

reti ke disindir!

Anonymous
September 19, 2014 at 6:00 PM

Adam Adli wajah penghisap kotek Anwar Pendubur..

Masokkan jel dgn si Pendubur biar dubur nya kena rembat wahkahkahkahkah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger