BENARKAH PKR CUBA PERMAINKAN ISTANA SELANGOR?


Biarpun Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah memaklumkan bahawa PKR telah menghantar senarai nama calon Menteri Besar Selangor dan ia telahpun diterima pihak istana Selangor.

Saifuddin dalam kenyataan medianya menyatakan pihak istana turut mengesahkan penerimaan surat daripada Wan Azizah Wan Ismail berkenaan sokongan daripada 30 ADUN Selangor yang menyokongnya sebagai menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kenyataan Saifuddin itu telah ditarik balik sebaik sahaja diedarkan dalam sidang media itu. Kejadian ini telah menyebabkan para wartawan tertanya-tanya?

Punca kenyataan media itu ditarik balik menjadi tanda tanya. Adakah PKR cuba untuk mempermainkan istana Selangor atau mahu mengelirukan wartawan yang membuat liputan.

Sebab sehingga kini PKR masih belum mendapatkan keputusan PAS dalam menyenaraikan nama calon Menteri Besar Selangor.

Begitupun, menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dihubungi mengesahkan kenyataan media PKR itu belum disemak lagi.

Dalam kenyataan berkenaan, PKR turut merakamkan penghargaan kepada istana kerana mengesahkan penerimaan surat pencalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

PKR dijangkakan akan mengeluarkan kenyataan baru dalam jangkamasa terdekat.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 4, 2014 at 9:31 PM

PERCATURAN POLITIK SEMASA KIAN HEBAT. PENGLIBATAN PAKAR2 STRATEGI MEMULAKAN KAJANG MOVE, MENJADIKAN IA SATU HIBURAN ATAU CERITA LUCU PADA ORANG2 BIJAK.,BENCANA BUAT ORANG2 SELANGOR KESELURUHANYA.

Anonymous
September 4, 2014 at 9:39 PM

Sekarang ni siapa yang kena main? PAS-pisss-pusssy tu dah liwat ko orang kao2. Jangan dok main dengan pak lebai-pak lebai tu...kahkahkah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger