BELUM PRN SARAWAK, DAP DAN PKR DAH BEREBUT KERUSI DUN BAWANG ASSAN


Pergolakan parti-parti Pakatan Rakyat di Semenanjung kini sudah menular ke Sarawak khususnya menjelang PRN Sarawak. Semuanya gara-gara berebut kerusi yang ingin ditandingi dalam PRN Sarawak.

Seperti PRN Sarawak sebelum ini, isu perebutan kerusi DUN yang ingin ditandingani DAP, PKR dan PAS sentiasa menarik perhatian dan menjelaskan mereka ini tiada persefahaman.

Memandangkan DAP lebih banyak memenangi kerusi DUN Sarawak pada pilihan raya lepas berbanding PKR yang hanya menang 3 kerusi, seharusnya PKR terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Atas sebab itu, kerusi DUN Bawang Assan kini menjadi rebutan antara DAP dan PKR.

Seperti biasa DAP dengan angkuh menyatakan mereka tidak akan tunduk dengan tuntutan PKR yang mahu bertanding di DUN Bawang Assan. 

Naib Pengerusi DAP Sarawak, David Wong berkata hasrat Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How untuk meletakkan calon mereka di kerusi berkenan pada PRN nanti adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Jelas beliau, DAP pernah bertanding di kerusi DUN Bawang Assan beberapa kali sejak era Ling See Ming sebagai perintis parti itu pada 80-an.

Namun, setiap kali pilihan raya itu DAP kalah dengan calon BN yang ketika itu diwakili SUPP.

“Justeru, agak mustahil kita menyerahkan kerusi berk-enaan kepada mereka untuk ditandingi.

“Apatah lagi kami telah berkhidmat di kawasan itu sejak sekian lama,” katanya lagi.

Baru-baru ini, See Chee How melahirkan hasrat bahawa PKR Sarawak berhasrat akan bertanding di kerusi berkenaan ekoran daripada kegagalan DAP memenangi kerusi itu pada PRN lalu.

Malah, PKR Sarawak telah mendapat persetujuan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menambah kerusi PKR di DUN Sarawak.

Di sebalik keengganan DAP itu, Wong berkata, mereka telah menjalinkan hubungan kukuh dengan kampung-kampung sekitar kawasan Sungai Bidut dan kampung-kampung lain.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahlawan berkata, beliau sendiri pernah sekali bertanding di kawasan DUN Bawang Assan.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 18, 2014 at 6:48 PM

Kita puji semangat "lawan tetap lawan" yg PKR teriakan selama ini.Maka tak heranlah kita dengar PR berlawan sesama diri.PKR lawan Dapig,Pas lawan PKR.Percayakah kita dgn parti2 pembangkang yg nak memerintah negara? Isu MB Selangor pun mereka tak boleh selesai dgn baik.Ini belum nak pilih PM jika ditakdir PR menang PRU14 (minta dijauhkan).Pd PRU13 pun Dapig dan Pas dah tak percaya dgn Nuar,maka dijemput Tengku Razaleigh Umno jadi calon PM!

Kpd BN Sarawak jangan pula leka dgn program2 yg tak membawa faedah kpd rakyat.Jgn asyik2 nak anjurkan makan malam,main futsal,konsert,sesi minum2,dan sebagainya.Elok juga beri perhatian lebih kpd rancangan2 bagaimana nak bantu meningkatkan ekonomi rakyat.Jgn diberi bantuan spt sekarang.Grant utk JKKK utk anjurkan aktivit mereka dah tak berkesan.Akhirnya grant hanya diguna utk buat makan2,kenduri lawatan tetamu,mebiayai pasukan sukan,dan sesetengahnya tak dibelanja pun.DIRIkan kilang,binalah kolam2 ikan,binalah kandang/estet/ladang ternakan dan sebagainya utk menjana perekonomian rakyat.

Cukuplah dgn memberi ikan.Ajar pula rakyat mencari pendapatan BUKAN sekadar memberi joran dan mata kail,dah kuno modul tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger