BEGITU MUDAH BAGI ANWAR IBRAHIM MOHON MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR


Sebelum ini Anwar Ibrahim telah memohon maaf kepada Sultan Selangor hanya menggunakan laman Facebook selepas kegagalan PKR mematuhi arahan Istana Selangor dengan hanya menghantar satu nama sahaja bagi pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor.

Kali ini, Anwar sekali lagi memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya mengenai amalan pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang beliau dibuat berdasarkan pengalamannya ketika bersama Barisan Nasional.

Jelas, kenyataan Anwar itu telah mengguris perasaan Sultan Selangor dan mempunyai motif tertentu biarpun pada hasratnya mahu mencemar nama BN dalam pemilihan MB Selangor sebelum ini.

“Saya hanya mengatakan ia berlaku hasil pengalaman ketika saya bersama kerajaan UMNO-Barisan Nasional. Sekiranya ada kesilapan di pihak saya, saya memohon ampun kepada Sultan,” kata Anwar yang memberikan reaksi kepada kenyataan Istana Selangor petang ini yang mengkritik beliau kerana dikatakan mengelirukan rakyat menerusi kenyataannya yang selama ini adalah menjadi amalan untuk hanya satu nama dicalonkan untuk jawatan menteri besar, lapor The Star online.

Sultan Sharafuddin, mengeluarkan kenyataan itu menerusi Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani yang mengeluarkan kenyataan empat muka surat hari ini.

Surat itu turut memperjelaskan cara pelantikan menteri besar ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan di Selangor.

Munir turut menegur Anwar kerana dikatakan tidak memberikan fakta yang betul selain mencemarkan imej Sultan.


Begitu mudah bagi seorang rakyat biasa seperti Anwar Ibrahim memohon maaf kepada Sultan buat kali kedua biarpun menyedari perbuatannya itu suatu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan daripada seorang pemimpin yang telah lama terlibat dalam politik. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger