AZMIN ALI UMUMKAN JUMLAH KUOTA EXCO PAS DIKURANGKAN SEBAGAI TEKANAN KEPADA PAS


PAS Selangor menerima akibat daripada tindakan mereka sebagai penampan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mengurangkan jumlah jawatan Exco PAS dalam kabinet negeri.

Ini diumumkan Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ini bererti kuota Exco PAS akan berkurang sama tiga atau dua berbanding sebelum ini diberikan empat kuota yang terbanyak berdasarkan kemenangan besar PAS dalam PRU-13 di Selangor.

Dijadualkan kesemua Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu akan mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Sharifuddin Idris Shah di Istana Selangor.

Persoalan sekarang, apakah Azmin Ali akan menambah kerusi Exco kepada DAP yang secara jelas telah menyokong kepimpinan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor sebelum ini?

Tidak mustahil juga Azmin Ali akan memberikan jawatan Exco kepada PKR menerusi Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, Wan Azizah sebagai syarat persetujuan pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.


Apa yang pasti, inilah masanya PKR memberi tekanan kepada PAS yang sebelum ini enggan memberikan sokongan padu kepada Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 26, 2014 at 11:46 AM

PAS AMAT3 TERHINA. APAKAH ERTI PEKATAN KERJASAMA YG TERWUJUD BERSAMA PKR DAN DAP

ADA KERUSI LEBIH TAPI DINAFIKAN HAK MEMEGANG JAWATAN MB
ADA KERUSI LEBIH TAPI BNIL EXCO KUARANG.

MANAKALA PKR SEGALA2NYA TAK CUKUP MENGARAH, MEMBUAT KEPUTUSAN DAN LEBIH BERKUASA.

INIKAH YG DIHARAPKAN DIDLM SEGALA DOA NIK AZIZ. CUMA MENJADI PERKAKAS..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger