APAKAH BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN SESAMA PAKATAN DAN BN DI PRK #PengkalanKubor?


Sehingga hari ini sebanyak tiga borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah dibeli oleh tiga individu.

Ini disahkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dan bagaimanapun SPR tidak boleh mendedahkan nama individu atau parti yang membeli borang itu.

"Mungkin ada parti yang beli lebih borang untuk 'simpanan bila perlu'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama ketua-ketua jabatan di Kota Baru.

Berkemungkinan juga ada di kalangan ada ahli PKR yang turut membeli borang tersebut dan mencalonkan dirinya sebagai tanda protes terhadap keputusan partinya yang memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor ini.

Harus diingat dalam pengagihan kerusi DUN Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, kerusi Pengkalan Kubor diberikan kepada PKR.

Isu kalah atau menang, itu bukan persoalan kerana ia telah dipersetujui bersama dalam pengagihan kerusi dan memberikan kerusi PKR itu kepada PAS dilihat suatu tindakan penderhaka.

Ramai berpendapat, tindakan PKR memberikan laluan kepada PAS dalam PRK Pengkalan Kubor dilihat suatu jaminan untuk tidak mahu dilihat sebagai parti yang kian susut sokongannya.

Ini kerana ramai berpendapat, PKR akan kalah jika bertanding di DUN Pengkalan Kubor disebabkan krisis memuncak antara PKR dan PAS dalam Krisis Menteri Besar Selangor.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

SPR menetapkan 25 September ini sebagai hari pengundian.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger