ANWAR IBRAHIM WAN AZIZAH TIDAK HADIR DAN AZMIN ALI SAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR KE-15


Segala-galanya telah selesai apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa selamat mengangkat sumpah sebagai menteri Besar (MB) Selangor yang Ke-15.

Istiadat mengangkat sumpah telah diadakan di hadapan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah di Istana Selangor pagi ini.

Apakah dengan pelantikan ini akan membuatkan krisis MB Selangor akan berakhir atau akan ada episod lain lagi selepas ini?

Banyak persoalan bermain di fikiran pemimpin PKR kerana kenapa Sultan Selangor memilih Azmin Ali dan kenapa tidak Wan Azizah?

Juga, MPP PKR dalam mesyuaratnya mengutuk tindakan Sultan Selangor memilih Azmin Ali sebagai MB Selangor dan berpendapat pelantikan itu tidak mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.


Mungkin atas sebab itu, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Wan Azmin Ali tidak hadir di majlis pelantikan jawatan MB Selangor Azmin Ali di Istana Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 23, 2014 at 1:53 PM

Anwar dan Wan Azizah sama seperti budak budak cengeng.

Sekarang mula masa Azmin vs (Anwar+Saifudin+Rafizi)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger