ANWAR IBRAHIM PERTIKAI PERANAN MAHKAMAH KE ATAS PEMIMPIN PEMBANGKANG


Kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke atas beberapa siri pendakwaan pemimpin pembangkang dengan Akta Hasutan dan penangkapan Pasukan peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dikatakan sebagai menyekat pembangkang di Malaysia dianggap sebagai cubaan tidak bijak.

Mana tidaknya, apabila ada laporan dan disiasat serta mempunyai kes, maka ia akan dibawa ke mahkamah untuk diadili.

Inilah yang berlaku ke atas pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Tetapi, dalam soal kes yang melibatkan Anwar Ibrahim tidak pula beliau mahu ia diselesaikan dengan cepat malah mengambil pendekataan menunda dan memberikan pelbagai alasan untuk melambat-lambatkan perbicaraan untuk dijatuhkan hukuman.

Mereka yang didakwa menghasut baru-baru ini termasuk Rafizi Ramli, N Surendran dan Tian Chua dari PKR, RSN Rayer dan Teresa Kok dari DAP, dan Khalid Samad (PAS).

Anwar mempertikaikan tindakan menangkap anggota PPS, terutamanya selepas mereka menyertai perbarisan rasmi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri semalam.

Katanya PPS ialah usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat yang lebih baik dan ia selayaknya disokong polis dan kerajaan persekutuan.

Jika benar PPS itu baik, kenapa Lim Guan Eng sanggup mencemuh polis Pulau Pinang dengan dakwaan yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia?

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger