ANWAR IBRAHIM MULA KAWAL AZMIN ALI DI SEBALIK JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR


Belum sampai seminggu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang dahulunya lantang bersuara kini seolah-olah bagai lembu dicucuk hidung apabila terpaksa mengikut arahan Anwar Ibrahim dalam membuat sesuatu khususnya membalas dendam terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sekiranya Anwar Ibrahim sebelum Langkah Kajang sebagai ADUN Kajang pastinya akan melantik dirinya sebagai MB Selangor dan sekali gus membongkar segala macam ketidaktelusan semasa kepimpinan Khalid Ibrahim.

Namun, itu tidak berlaku sebaliknya Azmin Ali iaitu anak didiknya dilantik ke jawatan MB Selangor atas perkenan Sultan biarpun PKR bermati-matian mahukan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Disebabkan itu, Anwar Ibrahim telah “mengarahkan” MB Selangor, Azmin Ali agar mendedahkan senarai syarikat dan individu yang dikatakan mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar yang dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, Azmin sudah diberitahu agar menyenaraikan individu atau pemegang saham di sebalik syarikat-syarikat berkaitan.

“Demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu,” katanya lagi.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah daripada rundingan itu,”

“Tetapi siapa yang akan membayarnya?... Rakyat Selangor,” katanya secara sinis.

Kenyataan Anwar Ibrahim tersebut secara tidak langsung seolah-olah mengesahkan bahawa beliau sebenarnya yang berkuasa dan mengawal MB Selangor yang baru.

Tindakan Anwar Ibrahim dalam mengarahkan Azmin Ali untuk membongkar segala macam perjanjian yang melibatkan kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan sedikit pun tidak menggentarkan Khalid Ibrahim.




Sehubungan itu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dilaman Facebooknya berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 29, 2014 at 4:23 PM

Bang non nk tesy assmin mcm lim kit siang test assmin pasal exco pas dipecat...samada assmin dengar arahan atau tak...?tu jerr...nnti akan ada langkah lain terhadap assmin..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger