ANWAR BIADAP HANYA MOHON AMPUN KEPADA SULTAN SELANGOR MENERUSI FACEBOOK


Ternyata PKR dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim lagi biadap berbanding DAP apabila hanya memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya melalui kenyataan yang disiarkan laman Facebook parti itu.

Di manakah adat dan budaya Melayu manusia yang bernama Anwar sehinggakan sanggup menidakkan budaya Melayu sebaliknya lebih mementingkan kuasa politiknya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Anwar sepatutnya hanya mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas menghadap dan memohon ampun kepada baginda.

Menurut beliau, sebagai orang Melayu, Anwar sewajarnya tahu tentang adab dan protokol bagi memohon ampun kepada raja-raja Melayu termasuk Sultan Selangor.

"Lebih dikesali, dalam kenyataan tersebut, Anwar menjelaskan PKR akan menghadap dan memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin seandainya keputusan parti itu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan amalan sejak 1957 menyebabkan perasaan baginda terguris.

"Tidak timbul persoalan seandainya dalam isu ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor Isnin lalu menyatakan secara jelas Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar yang baharu," katanya lagi.

Beliau mengulas permohonan ampun kepada Sultan Sharafuddin yang dibuat oleh Anwar dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng kelmarin bagi menjawab kenyataan akhbar yang dikeluarkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Mohamad Munir berkata, tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja iaitu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja serta merupakan perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Ismail Mina menambah, Anwar sebagai seorang pemimpin parti politik yang berketurunan Melayu dan beragama Islam sepatutnya bersikap lebih sensitif kepada kedudukan Sultan Selangor sebagai tonggak pemerintahan di negeri itu.

Sementara itu, beliau memberitahu, pendirian DAP yang berdegil mempertahankan keputusan bersama PKR mempersembahkan satu nama sahaja untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor merupakan salah satu daripada siri provokasi yang dilancarkan parti tersebut terhadap institusi diraja.

"Walaupun Guan Eng telah memohon ampun, saya melihat tindakan itu sekadar satu kenyataan politik seperti yang lazim dilakukan pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini," jelasnya.

Ismail Mina berkata, rakyat sendiri boleh menilai keikhlasan Guan Eng dan Anwar dalam memohon ampun kepada Sultan Selangor dengan melihat kepada kaedah yang mereka gunakan untuk berbuat demikian.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

September 12, 2014 at 1:22 PM

AsSalam....

Takpe.... Kesian je dgn dia... Dh tak blh nk fikir scra ORG NORMAL DAH.... Jgnlah cakap yg bukn2 lgi pd nuar ni... Berbueh mulut sakit hti kita mcm mn sklipun, perangai dia tetap mcm tu malah AKN LBIH TERUK LAGI. KESIAN JE LAH.... BUKAN TAK ADA YG CB NASIHAT CARA BAIK DAN BERHEMAH TAPI.... ENTAHLAH YE, MAKIN SAYA KASIHN JUGA DGN DIA SBB...? Makin tau sepatutnya tunjuk contoh yg baik kpd anak2 muda dan cucu2 dia dan keturunnnya tapi....? YA ALLAH.... MALUNYA SAYA PUNYA BGSA MELAYU YG BEGINI, MENCEMARKAN MARUAH BGSA MELAYU LAIN, NEGARA DAN SBGNYA LGI.... MALU KPD BGSA LAIN!

Kesiankan sjlah.... Klu UMUR BGINI TAK BERUBAH LAGI TANDANYA....??? BERBALIK KPD ALLAH SWT......

BGSA KAFIR TU LGI SORG ( SORRYLAH GUAN ENG! ) KAMU PUN SATU... Tengok nuar mcm tu, ENGKAU LAGI SERONOK.... ( ITU PUN NUAR DN KLRGANYA TAK BLH FIKIR LGI KE...? ) tolglah jaga maruah bgsa Melayu jgalah kawasn sebaiknya... PALING PENTING, JAGALAH NEGARA MALAYSIA INI DARI MEREPEK MERABAN TAK HABIS2!!!! DAH TAK ADE PERASAN MALU LGI KE....? TAK TAKUT MATI DAN SAKATUL MAUT KE....??? YA ALLAH.... TLGLAH MAKBULKAN DOA HAMBU INI UTK KEBAIKN NUAR SKLRGA....


KHALID SAMAD DAN YG SPESIS DGNNYA...?? Haa.... MAT SABUN...? TLG2 LAH JAGA MARUAH SBG BGSA MELAYU JAGA MULUT DAN TINGKAH LAKU.... TAK TAKUT KE MULUT DAN SUARA TU SBG PINJMAN DARI ALLAH SWT DAN INGAT, BILA2 MASA SJ AKAN DIAMBIL OLEH ALLAH SWT.... DGN NYAWA DAN USIA YG TGGAL NI, GUNAKANLAH IANYA SEBAIK MGKIN.... BUKAN SY KATA SAYA NI BAIK, TIDAK! TAPI... SEMAKIN HARI, SEMAKIN SAYA BERASA BELAS DAN SEDIH DGN KEMELUT MB YG TAK SUDAH2.... KERJALAH!!!!! TAK ADE KERJA KE HAAAA...??? BGSA ASING MELIHAT SEMUA NI, TAK MALU KE HAAA...? KALAULAH ( PERKATAAN YG PALING SHAITAN LAKNAT SUKA - PINJAN JAP SYAITAN... ) kalau korang ni anak2 Aku mmg aku akn ajar korang sebaiknya ini...? MASING2 DAH TUA BANGKA!!!! Ingat ye, jgn BIARKAN ANAK KETURUNAN KAMU SEMUA IKUT LANGKAH YG SAMA..... BERDOSA TAU.....! Ingat ye....

Upin Ipin giliran kamu pulak bercakap, aku dah penat ni...


Upin Ipin : ( Baik Nenda... ) KESIAN..... KESIAN.... KESIAN......

Sekian, WasSalam AMPUN MAAF...

Anonymous
September 12, 2014 at 5:48 PM

KALAU CAM TU KEMURKAAN SULTAN TAKAN REDA. SULTAN , KITA JANGAN LUPA, DIKELILING BAGINDA RAMAI PENASIHAT2 YANG CERMAT MENILITI SEGALA TINDAK TANDUK TOKOH2 TERTENTU DISELANGOR.MEREKA TAK CAKAP BANYAK. KITA KELIRU DGN ORANG2 YG CAKAP BANYAK DAN MENYANGKA MEREKA HEBAT DAN BIJAKSANA.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger