ANTHONY LOKE SETUJU GELARAN PENGKHIANAT OLEH LIM GUAN ENG KEPADA EMPAT EXCO SELANGOR PAS ADALAH SUARA DAP


Jika sebelum ini ramai pemimpin DAP yang menganggap kenyataan Setiausaha Agung DAP terhadap empat orang Exco PAS yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan mewakili DAP sebaliknya bersifat peribadi.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara yang dibangkitkan oleh Guan Eng itu (gelaran pengkhianat terhadap empat bekas Exco kerajaan Selangor daripada PAS yang terus menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) juga senada dengan sentimen yang sering diluahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan.

"Satu perkara lagi Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan sudah tentu beliau faham mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang menyifatkan Guan Eng sebagai jahil politik.

Secara jelas kini DAP dalam usaha merendah-rendahkan martabat politik PAS di Selangor sekali gus menidakkan perjuangan pemimpin PAS yang berusaha untuk tidak pembubaran DUN Selangor bagi diadakan pilihan raya seperti mana dakwaan pemimpin PAS Selangor.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger