AKHIRNYA POLIS BERTINDAK TERHADAP SSKM BIARPUN SUDAH BEROPERASI TAHUN 2011


Isu mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar Malaysia menerusi satu gerakan yang diketuai sebuah persatuan tidak berdaftar iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Mereka ini aktif di dalam media sosial seperti facebook dan blog juga aktif mengadakan forum dan seminar bagi menerangkan matlamat perjuangan mereka.

Jika sebelum ini pergerakan SSKM itu tidak dibayangi parti politik pembangkang, namun sejak awal tahun 2014 ini fenomena itu telah berubah.

Malah, pengaruh parti pembangkang seperti PKR di Sarawak dan DAP di Sabah jelas dilihat sebagai perbuatan terdesak untuk mereka memenangi PRN Sarawak Ke-11 dan PRU-14.

Selepas publisiti meluas diberikan kepada tindakan pemimpin DAP yang menyokong penuh Sabah keluar Malaysia, baharulah ada suara-suara mahu mengambil tindakan.

Biarpun ia masih belum terlambat, tetapi usaha ini telah semakin berkembang khususnya mereka yang tidak mengenali atau mengetahui sejarah kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia.

Laporan polis yang dibuat terhadap sebuah kumpulan yang aktif membawa dakyah agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia menunjukkan usaha sedemikian memang wujud dan semakin menular.

Melalui pemerhatian di internet, kumpulan yang dikenali sebagai Sabah ini amat aktif di laman blog, Facebook dan Twitter untuk menarik rakyat Sabah dan Sarawak menyokong mereka.

Namun, agenda kumpulan ini bukanlah baharu kerana mereka sudah mula bergerak sejak September 2011. Dalam ruang profil di laman blog mereka, dinyatakan bahawa SSKM adalah sebuah kumpulan partisan dan tidak bergabung dengan parti politik lain.

Antara tuntutan utama SSKM ialah mereka mahukan Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara merdeka.

Pihak ini turut mempertikaikan Perkara 20 iaitu syarat penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang dikatakan tidak relevan kerana gagal dipenuhi kerajaan Persekutuan.

Antara yang disentuh dalam perjanjian tersebut ialah soal agama rasmi, bahasa rasmi, hak rakyat Sabah dan Sarawak terhadap tanah, hutan dan hasil bumi, kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri, melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri, menentukan dasar pendidikan, kedudukan khas kaum peribumi dan lain-lain.

Bagaimanapun, apakah kewajaran di sebalik tuntutan ini kerana ia dilihat tidak menghormati Suruhanjaya Cobbold pada Februari 1961 yang meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia?

Laporan tersebut mendapati penduduk Sarawak dan Sabah rata-ratanya setuju menyertai Persekutuan Malaysia, menunjukkan ia bukan paksaan. Malah, dakwaan mengatakan Sabah dan Sarawak mundur sepanjang berada dalam Malaysia tidak benar sama sekali.

Ini kerana, kerajaan Persekutuan berjaya membawa kedua-dua negeri ini jauh lebih maju berbanding ketika di bawah penjajahan British seiring dengan kemajuan dikecapi negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Malangnya SSKM dilihat semakin galak meracuni pemikiran rakyat Sabah dan Sarawak di kala negara menyambut Hari Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sebarang usaha untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia sebagai bertentangan dengan perlembagaan negara dan negeri.

Beliau turut menyifatkan hasutan sebegitu akan menjejaskan keamanan dan perpaduan di Malaysia timur jika dibiarkan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan pihak keselamatan memandang serius ancaman daripada pihak tersebut dan akan mengambil langkah untuk menanganinya.

Seiring dengan isu ini, timbul pula suara golongan tertentu yang mahu Akta Hasutan dihapuskan. Ada yang melihat tuntutan ini bagi memudahkan hasrat mereka untuk melihat lebih ramai rakyat Sabah dan Sarawak menyuarakan keinginan keluar dari Malaysia.

Sehubungan itu, tindakan pantas polis Sabah terhadap laporan yang dibuat terhadap SSKM kerana aktif berkempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah, amat wajar dipuji.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan telah dibuka dan pihaknya sedang berusaha mengumpul bukti untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Tindakan tersebut dilihat amat tepat kerana sebagai rakyat yang bersatu di bawah negara dikenali sebagai Malaysia, sudah tentunya kita tidak mahu tuntutan tidak masuk akal seperti dibuat SSKM merosakkan keamanan yang dibina.

Jika diamati sepenuhnya kemunculan SSKM ini mampu membawa kepada ancaman keselamatan negara dengan menggalakkan masyarakat terlibat dalam gerakan membawa Sabah Sarawak keluar Malaysia.


Berkisar kepada amalan ini ia mempunyai hubung kait dengan pemansuhan ISA yang mana apabila dimansuhkan pelbagai macam kaedah dan cara rakyat Malaysia mahu mengancam keselamatan negara. 
Share this article :
 

+ comments + 21 comments

Anonymous
October 9, 2014 at 1:10 PM

di sabah risalah dan borang petisyen sedang giat dijalankan dari kg ke kg.. diharap pihak polis buat siasatan dengan lebih terperinci agar tidak menular lebih jauh sebelom negeri ini menjadi huru hara...

Anonymous
October 9, 2014 at 1:15 PM

di dalam akaun / page doris jones.. mereka lebih kerap memaki pihak kerajaan dan pihak polis dengan memberi gelaran yg kotor terhadap pihak polis.. salah satunya menggelarkan pihak polis adalah anjing kerajaan...
mereka jugak akan memaki pada sesiapa yang beri pandangn yang bertentangan dengan agenda mereka....
harap pihak polis ambil perkara ini dengan lebih serius.. kerana ditakuti anak2 muda akan terikut dengan budaya memaki dan menentang pihak kerajaan....

Anonymous
October 25, 2014 at 11:29 AM

Akan ttpi, apakah ertinya pjanjin 63 klo x d tepati. Klo awl2 lgi malaya bgtu yg malaya x sgp tunaikn pmintan pmpin sabah srwk, sa pasti Malaysia x prnh wjd dan bkli sabah srwk mpunyi kjan sdri dan amn sprtimna brunai. 1 dlr bruni bsamaan 2 rgt lbh malaysia

Anonymous
October 25, 2014 at 1:04 PM

Kami memang mahu anak muda asal Sabahan tahu hak meraka...

Anonymous
October 25, 2014 at 1:07 PM

Yg layak di panggil pihak berkuasa apa bila adil pada semua bangsa, pangkat, agama dan banyak lagi... tapi kalau hanya patuh pada satu ketua walau pun di suruh buat jahat atau menjahanamkan negara Sabah... itu tidak bole di panggil pihak berkuasa...

Anonymous
October 25, 2014 at 1:12 PM

Kerajaan Malaysia hanya tahu hisap madu di Sabah, hasilnya Malaya makan.. jangan merungut prihal SSKM ketahui puncanya dari siapa, dan cari cara penyelesaian nya... ingat dengan menakap semua sukarelawan bole menghalang hak Sabahan... bukan mencabar tapi, bila penangkapn bermula rasanya perjuangan sebenar juga akan bermula... so cari punca dan selesaikan atau tunaikan permintaan sabahan, dan tidak perlu mungkin Sabah kelur Malaysia...

Anonymous
October 25, 2014 at 5:22 PM

Jangan ingat kami takut dengan ugutan tangkap itu.kami sudah tahu menilai sendiri tanpa dipaksa oleh sskm.sampai bila kami mahu bertahan sehingga kepala anak bangsa dipijak dan ditindas oleh malaya yg bertopengkan malaysia.ingat satu penangkapan bererti satu langkah dan bab permulaan sudah dibuka dan sskm tiada hentinya kerana kami menyokong agenda sebenar bukan creatornya.

Anonymous
October 31, 2014 at 2:34 PM

Kau diam2 la malaya..p main tu keris sama congkak kmu. Kmi ada minyak..kamu???
Cma mslhny skg, kmu yg telan keuntungan kami

Anonymous
November 7, 2014 at 12:55 PM

yaa mehh??kmu yakin...

Anonymous
November 16, 2014 at 8:24 PM

Di sabah dan sarawak juga ramai ISLAM semenanjung cuba menyesatkan orang-orang kampung dengan kununnya memberikan sumbangan sekiranya mereka memeluk islam... Helo orang Semenanjung ISLAM... di Sabah dan Sarawak... Kami bebas beragama.... Tidak kira islam ka, kristian ka... kami di sabah dan sarawak adalah saudara.... Apabila DUMNO masuk sabah... semuanya berubah.... semua cuba mencari kesempatan di dalam kesempitan.. mangsa mereka ialah orang-orang kampung yang miskin....

Anonymous
November 27, 2014 at 7:34 PM

Yg dari malaya duduk diam-diam. Jangan masuk campur urusan sabah Sarawak, boleh tak? Kamu komen pun tak guna. Tembelang kini sudah pecah. Cepat atau lambat sabah pasti keluar dari persekutuan Malaysia kalau hak peribumi tidak dihormati. Ingat, creator mungkin boleh ditangkap tetapi perjuangannya akan tetap diteruskan. Wake up all sabahan Sarawakian. Fight for your right.

Anonymous
December 4, 2014 at 12:25 PM

sukung....

Anonymous
December 7, 2014 at 7:10 PM

kalaw mau tahu cara yang lagi senang mahu selesaikan hal ini ialah buat tinjauan semula kemahuan rakyat sabah sarawak dan hal ini di urus oleh PBB tanya kemahuan mereka sama ada keluar atau kekal dalam malaysia

December 31, 2014 at 11:33 AM

Kami, rakyat bangsa Sabah (dikenali sebagai Borneo Utara) dan bangsa Sarawak,
mengistiharkan kepada dunia untuk mengetahui: Bahawanya Sabah & Sarawak adalah milik
semua orang yang dilahirkan di sini, hitam dan putih, dan tidak ada kerajaan yang boleh
menuntut kuasa melainkan jika ia adalah berdasarkan kepada kehendak semua orang; bahawa
kami telah dirompak hak tanah kelahiran kami, kebebasan dan keamanan oleh sebuah kerajaan
yang diasaskan pada ketidakadilan dan ketidaksamaan;

Anonymous
January 14, 2015 at 11:26 PM

hihi....bha sya hasut diri saya sendiri...itu kena jg akta ahsutan kah itu...kmi warga ss bukan mcm dulu lgi...kmi tahu mna yg betul dan x betul...bukan kah selalu pihak barisan pemimpim bn kata jika tdk suka Malaysia boleh keluar Malaysia...so kmi warga Sabahan dan sarawakian tidak suka Malaysia...boleh lah keluar...

January 23, 2015 at 1:52 PM

Sy orang dusunkadazan dr keningau...bg sy simple saja..nda pyh la kluar2..mahu membentuk sebuah negara baru bukan senang..indon dan filipina stiasa menunggu utk masuk bila2 masa sahaja..kita perlu kekuatan..dr segi ketenteraan pun kita suda kalah..menyalak saja x guna..mungkin kita suda terlewat..tapi blum terlambat...pertahankan apa yg masih ada sekarg..kita x mampu balik ke zaman silam utk mprbaiki kesilapan2 kita..tapi apa yg tgal kita pertahankan..jgn biarkan smenjung control kita..kita sabah dan sarawak cuma mahu hak yg sepatutnya drpd pemerintah...tolong hormati hak kami di borneo..beri kami hak kami..to all sskm members..jgn terlalu agresif..brtindak guna fikiran..untuk bunuh gergasi..bunuhlah ketika ia sdg cedera..bukan masa ia kuat...fikir2 kan lah..

Anonymous
February 2, 2015 at 11:22 AM

Bagus la kena tangkap itu sskm.
Saya bangsa dusun.
Saya tidak sokong umno atau BN. tapi saya tidak juga sokong SSKM. Sebab saya sayang Malaysia. Negara yg membolehkan saya hidup dalam keadaan damai. Bagi saya, semua benda yg kalau tidak memenuhi selera rakyat itu mesti mau komplen sama kerajaan persekutuan atau negeri. Sebab dia orang yg kita pilih jadi pemimpin kita untuk membawa kita ke arah kemajuan. Kalau orang yg kita pilih tidak jalankan kerja yg bagus, kenapa tidak tukar saja. saya sayang malaysia sebab itu lah yg pemimpin sabah dulu mau masa kita dulu masih dijajah british, tidak boleh jadi pemimpin, jadi kuli saja pada british. Saya sokong polis tangkap itu sskm. Majoriti rakyat sabah sokong polis tangkap itu sskm.

February 11, 2015 at 10:46 AM

Kesian...admin buta sejarah....

February 11, 2015 at 10:49 AM

Maksudnya admin x kisah perkara 18 sarawaj dilanggar yg penting sokong kerajaan persekutuan...bkn anak jati sarawak....buat malu sarawakian saja....

February 11, 2015 at 10:49 AM

Maksudnya admin x kisah perkara 18 sarawaj dilanggar yg penting sokong kerajaan persekutuan...bkn anak jati sarawak....buat malu sarawakian saja....

February 11, 2015 at 10:53 AM

Ko masih nda sedar ka?bila kita berdiam diri malaya lagi suka....satu malaysia tau apa yg sabah/sarawak mau....20/18 perkara...tp smpi sekarang pun tiada suara dr pemimpin malaya...kenapa????mereka tau yg mereka sdh langgar perjanjian mereka tp masih berdiam diri....jgn jadi bodoh la....pemimpin malaya senyum bila baca apa yg ko tulis ni....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger