AKHIRNYA ABDUL KHALID IBRAHIM PECAT ANWAR IBRAHIM


Di saat-saat akhir pemerintahannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam telah bertindak di luar batasan apabila memecat Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuat kuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin lalu.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum PKR itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Namun, di sepanjang menjawat jawatan itu tiada jasa atau kebaikan yang dibawa Anwar Ibrahim sebaliknya hanya pelbagai macam kontroversi melanda Kerajaan Negeri Selangor sehingga rakyat sendiri mempersoalkan kewajaran jawatan itu diwujudkan.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
September 23, 2014 at 10:48 AM

Ramai org akan hilang jawatan selepas ni ...
Tp yg pasti , Anwar akan dapat jawatan baru yg lebih ...GAH ....

Anonymous
September 23, 2014 at 10:50 AM

wa caya lu !

Anonymous
September 23, 2014 at 1:09 PM

jasanya ada, jangan kata tak ada. habis duit tuntutan dan sebagainya tu diproses untuk apa, mesti ada juga aktivitinya. paling tidakpun untuk lawatan ke luar negara cari pelabur. pelabur minat ke tak tu bukan soalnya. klim mesti klim, duit ada banyak, apa ada hal.....

September 25, 2014 at 8:57 PM

Cerciter sapa pelabur tu... pelabur or pelebur....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger