AHLI PARLIMEN STAMPIN DAP JULIAN TAN BOHONGI RAKYAT BERHUBUNG KADAR STATISTIK JENAYAH DI KUCHING


Sangat mendukacitakan apabila seorang Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan telah membuat kenyataan palsu dan mengelirukan rakyat berhubung statistik jenayah yang berlaku di Kuching.

Biarpun dianggap sebagai seorang pemimpin tetapi ternyata ilmunya masih cetek malah tidak langsung berperanan sebagai seorang pemimpin.

Ini susulan daripada kenyataan medianya mengenai statistik jenayah tanpa fakta yang dikeluarkannya yang dianggap salah dan boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai terhadap polis.

Menurut Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek, Ahli Parlimen Stampin itu tidak wajar membuat kenyataan media yang mengelirukan.

Tindakan Julian Tan itu boleh menyebabkan masyarakat di Kuching berasa takut dan keliru dengan kenyataan yang dibuatnya yang dipercayai mempunyai niat tertentu untuk mencemar nama polis.

"Kenyataan MP Stampin tersebut hanya melalui berdasarkan cakap-cakap dan andaian saja tanpa memberi statistik jumlah tempat dan waktu kejadian."

"Beliau (Julian) sepatutnya lebih peka dan membantu mangsa membuat laporan polis kerana laporan tersebut adalah penting untuk dijadikan rekod dan statistik untuk pihak polis merancangkan penugasan."

Roslan mengingatkan Julian sepatutnya tampil memberi nasihat kepada penduduk setempat bagaimana untuk menjaga harta benda masing-masing dan bukan hanya menunding jari kepada polis.

Roslan memberi respon kepada kenyataan MP Stampin yang dipaparkan di akhbar Utusan Borneo (September 26, 2014) bertajuk "Jenayah Jalanan Membimbangkan".

"Tidak dinafikan jenayah tersebut memang berlaku tetapi ia masih terkawal dan jumlah kejadian telah menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu," katanya sambil menambah statistik jenayah IPD Kuching jelas menunjukkan penurunan.

Menegaskan kadar pertuduhan menepati KPI yang ditetapkan setiap bulan, Roslan mendedahkan pelbagai operasi juga telah dijalankan dan tangkapan setakat ini mencecah hampir 1,000 orang dan ini semuanya adalah fakta.

Berikut adalah statistik tangkapan dan tuduhan jenayah serta penyelesaian kes yang meningkat (bagi kawasan Kuching)

Perbandingan Indeks Tahunan sehingga tarikh terkini : (01hb Januari- 26hb September 2013/2014)

Tahun 2013: 2,046 kes @ selesai: 807 kes = (39.44%) berbanding dengan Tahun 2014: 1,679 kes @ selesai: 829 kes = (49.73%)
Penurunan kes sebanyak: 367 kes = (17.94%)

Bagi Jenayah Jalanan:

Tahun 2013: 174 kes @ selesai: 64 kes = (36.78%) berbanding dengan Tahun 2014: 137 kes @ selesai: 54 kes = (39.42%)
Penurunan sebanyak: 37 Kes = (21.26%)

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai agar bekerjasama membuat laporan polis jika berlaku sebarang kejadian jenayah, Roslan menekankan membuat andaian pihak polis tak boleh buat apa-apa adalah tidak tepat, kerana jika masyarakat memberi kerjasama kita amat yakin sesuatu kes itu mudah diselesaikan.

"Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada pihak polis untuk membantu masyarakat semua ... berilah sebanyak mungkin maklumat kepada pihak polis," tambahnya lagi.


Andaian bahawa polis tidak berbuat apa-apa adalah tidak tepat kerana masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam memudahkan polis menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger