AHLI PARLIMEN MIRI CAKAP BANYAK TAPI SUMBANGAN RM300 SAHAJA


Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo bersama ADUN Pujut, Fong Pau Teck telah melakukan lawatan tinjauan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri di Piasau.

Mereka telah diberi taklimat oleh Pegawai Petugas PDK Miri, Chong Bee Lan.

Dalam lawatannya, Michael Teo berbangga dengan program pendidikan dan intervensi yang dilaksanakan di PDK Miri dan menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak keperluan asas agar menghantar mereka ke PDK atau pusat pemulihan yang berhampiran bagi memastikan mereka mendapat latihan yang sewajarnya dan mampu berdikari.

Bagaimanapun, Michael kecewa kerana sehingga kini PDK Miri masih lagi menumpang di kuarters lama Shell di Taman Simpanan Semula Jadi Piasau yang dahulunya dikenali sebagai Kem Piasau.

PDK Miri ini kini sesak dengan 157 kanak-kanak istimewa, namun mereka terpaksa berpindah keluar kerana tempat tersebut hanya diberikan sementara oleh Shell.

Persoalannya kini di manakah peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen dan ADUN dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan? 

Apakah setiap kali permasalahan yang berlaku di kawasan yang diwakili pembangkang maka pemimpin pembangkang akan menyuarakannya dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi meminta peruntukan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka di kawasan? 

Jika begitu keadaannya adalah lebih baik rakyat memilih pemimpin yang mewakili kerajaan di kawasan mereka supaya tidak lagi bergantung kepada pembangkang.

Lebih teruk lagi apabila Ahli Parlimen Miri itu hanya menyumbangkan sebanyak RM300 kepada PDK Miri biarpun mengetahui pusat itu akan dipindahkan.

RM300 itu tidak cukup bagi menampung keperluan makan sehari bagi keperluan kanak-kanak istimewa yang berada di PDK Miri itu.

Kenapa tidak mencari jalan alternatif untuk membantu mencari bangunan dan tempat baharu untuk PDK Miri dengan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen sedangkan Michael tahu pusat itu akan dipindahkan?

Inilah kerja pemimpin pembangkang yang bukan mahu menyelesaikan masalah fakyat tetapi membawa masalah rakyat kepada orang lain untuk diselesaikan.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 6, 2014 at 9:26 AM

BAGI MAKAN ANJING PELIHARAAN SAYA PUN TAK CUKUP..
KASI POTONG LA TANTALU INI ORANG

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger