WAN AZIZAH MULA TABUR JANJI JIKA MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU


Belum pun jadi Menteri Besar Selangor yang baharu, Wan Azizah sudah mula berceramah di Padang Kelab Belia Kampung Baru Ampang bagi memaklumkan tentang visi dan misinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Seperti biasa janji awal ditabur dengan semuanya janji-janji manis biarpun tidak diselaputi gula.

Agendanya yang pasti menegakkan keadilan (selama ini tidak pernah adil), kebersihan Selangor dan membawa negeri itu ke hadapan.

"Kami mahu mempercepatkan peningkatan. Apabila saya memasuki Kajang, saya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, sampah, saya dapati kadar jenayah yang tinggi. Saya pergi ke hospital dan ia penuh dengan kes-kes denggi.

"Ia bukan kerana mahu menjadi menteri besar tetapi jika kita ingin menyelamatkan keadaan, jika kita ingin membawa Selangor ke hadapan dan Malaysia amnya, kita perlu perubahan ini," kata presiden PKR itu.

"Kami mahu sekurang-kurangnya masalah sampah diselesaikan. Kami mahu Selangor menjadi bersih, terbaik dan ke hadapan."

Beliau menambah, beliau menerima jawatan itu demi suaminya, Anwar Ibrahim, yang merupakan calon asal bagi jawatan menteri besar itu.

"Jangan lupa mahkamah digunakan untuk mensabitkan Anwar. Saya hanya di sini untuk memastikan keadilan untuk semua. Hari ini, Anwar dilayan begini, esok, kita tidak tahu siapa lagi (akan menjadi mangsa). "

Dr Wan Azizah merujuk kepada kes liwat Anwar disabitkan pada Mac oleh Mahkamah Rayuan, yang menyebabkan beliau hilang kelayakan bertanding di kerusi DUN Kajang dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

"Apabila Langkah Kajang berlaku, ia adalah satu cara untuk menjadikan Anwar Menteri Besar Selangor. Tetapi apabila Barisan Nasional menggunakan mahkamah untuk menghentikannya, ini adalah ketidakadilan dan saya mengambil tanggungjawab menentang ketidakadilan dan mengambil alih kerusi Kajang," kata beliau.

Dr Wan Azizah juga mengingatkan hadirin Cina mereka semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, menggesa mengetepikan perbezaan bagi membantu meningkatkan ekonomi.

"Jika saya lukakan tangan saya, ia mengeluarkan darah merah yang sama seperti anda. Kita semua rakyat Malaysia, semua manusia. Oleh itu, kita tidak boleh merampas Alkitab, menceroboh ke dalam kuil-kuil, kita tidak boleh. Kita mesti berhenti memberitahu satu sama lain meninggalkan Malaysia," katanya dalam sorakan penonton.

Tetapi Dr Wan Azizah enggan berkata apa-apa mengenai calon yang mahu digantikan, walaupun tuntutan PAS dan sebilangan pemimpin DAP yang tetap mahukan Khalid Ibrahim terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal ini.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger