WAN AZIZAH KECEWA BILA SULTAN SELANGOR ENGGAN BERJUMPA DENGANNYA

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

”Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin lepas.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

“Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut memaklumkan bahawa baginda telah berkenan Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar, bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang dilaporkan media.

“Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos adalah mesyuarat berjadual yang telah diperkenan Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid.

“Abdul Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja,” katanya.

Nampaknya Wan Azizah sememangnya tidak ada rezeki nak jadi Menteri Besar Selangor.

Keengganan Sultan Selangor berjumpa dengan Wan Azizah menjelaskan baginda tidak berkenan dengan PKR dan Anwar Ibrahim.

Share this article :
 

+ comments + 10 comments

August 12, 2014 at 9:40 PM

Kalau jadi MB boleh x?

Anonymous
August 12, 2014 at 9:47 PM

Itu la kak wan. Ada orang kepercayaan, kau tikam belakang dia. Org yg sanggup korbankan wang ringgit kpd parti, tetapi demi cita2 dan nafsu luar tabie suami, kau cuba bunuh karier politik dia. Sekarang padan muka kau, laki kau dan anak pompuan kau sekali. Tamak dan takde maruah, itulah hadiahnya...

Anonymous
August 12, 2014 at 9:56 PM

Bukan sedih tapi malu,tak laku.

Anonymous
August 12, 2014 at 10:12 PM

Mana kipas kak Wan? Pakai lah kipas tu untuk tutop muka.

Anonymous
August 12, 2014 at 10:18 PM

malu jadi anjing DAP

Anonymous
August 12, 2014 at 10:35 PM

Buruk perangai... satu parti pun korang boleh tikam belakang...

Anonymous
August 12, 2014 at 11:01 PM

tuanku pun lebih arif siapa anuar dan wan azizah nak mengadap pun tuanku tak berkenan bak kata org kampong muka pun tak mau tengok bertapa hina nya laki bini ni.

August 12, 2014 at 11:28 PM

Dah memang sifat....

August 12, 2014 at 11:30 PM

Sial si SUAMI dah terpalit pada si BINI....nasib kau la...

Anonymous
August 13, 2014 at 8:59 AM

....anjing!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger