TUDUHAN SAIFUDDIN NASUTION KE ATAS SPRM BERNIAT JAHAT


Belum pun Setiausaha Agung mengemukakan laporan salah laku terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kepada SPRM, Saifuddin Nasution telah membuat kenyataan yang menghina SPRM dengan berniat jahat.

Dalam laporan portal berita berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, Saifuddin mendakwa Khalid berani membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Selangor kerana badan itu tidak akan mengambil sebarang tindakan susulan.

Apakah kerana SPRM menerima laporan daripada Khalid Ibrahim mengenai salah laku membabitkan Saifuddin Nasution maka terus menyerang SPRM dengan perkara yang bukan-bukan.

Jika sebelum ini, Saifuddin mahu mengemukakan laporan salah laku terhadap Khalid Ibrahim kepada SPRM, namun sehingga kini tiada sebarang laporan yang diterima.

Sebaliknya yang ada surat tunjuka sebab PKR kepada Khalid Ibrahim berhubung salah guna kuasa. Begitupun, surat tunjuk sebab itu telah pun dibalas Khalid Ibrahim biarpun hanya diberikan masa tiga hari sambil menyifatkan surat tunjuk sebab itu cacat.

Dakwaan Saifuddin terhadap SPRM adalah berniat jahat dan tidak benar dengan tujuan mahu menjatuhkan imej SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata badan itu sama sekali tidak pernah mengamalkan siasatan yang memihak kepada mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Saifuddin bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM.

"SPRM ingin mengingatkan supaya pihak berkenaan jangan cuba mengaitkan SPRM dalam isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam artikel itu, Saifuddin turut mendakwa Khalid berani membuat laporan berkenaan kerana beliau sudah menjadi anggota politik "mesra-Barisan Nasional".

"For sure SPRM will clear him. You know the words ‘selective investigation?' They will apply that to Khalid," kata Saifuddin seperti dipetik dalam laporan berita itu.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata tugas dan tanggungjawab SPRM hanyalah menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

"Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan tugas SPRM hanyalah menjalankan siasatan manakala sama ada terdapat merit untuk mendakwa atau sebaliknya, ia merupakan tugas Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh.

"Kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali," katanya.

Jelas di sini bahawa Saifuddin cuba mengalih siasatan SPRM terhadap dirinya berasaskan kepada laporan yang dibuat Khalid Ibrahim sebelum ini.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 8, 2014 at 8:38 AM

Saman sahaja si saifuddin ni. Biar merengkok dalam penjara sebilik dengan Anwar. Dapatlah si Anwar tu satu "bini" spesial.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger