TAHNIAH RAKYAT SELANGOR BAKAL DAPAT MENTERI BESAR DAP


Krisis jawatan Menteri Besar Selangor kini telah jauh menyimpang di mana PAS Selangor telah membuat pusingan u dengan membenarkan jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada wakil DAP.

Ini disebabkan ramai di kalangan pemimpin dan ahli PKR dan PAS yang menentang pemilihan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin dari PAS membidas pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menidakkan sokongannya terhadap Wan Azizah sebaliknya mempertahankan Khalid Ibrahim.

Hanifa menjelaskan perkara itu semasa forum 'Krisis Selangor: Pakatan Rakyat Berpecah' yang diadakan bagi membincangkan langkah terbaik dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor.

Forum yang turut dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli itu turut mengakui Langkah Kajang yang dilancarkannya itu bertujuan menjatuhkan Khalid Ibrahim dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger