SPRM SEDIA SIASAT KHALID IBRAHIM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan salah laku melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika benar ia ada kaitan dengan kes rasuah.

Baru-baru ini, pejabat Menteri Besar Selangor meminta SPRM menyiasat Abdul Khalid mengenai sebarang tuduhan salah laku pentadbiran oleh PKR ke atasnya.

Beberapa orang pembantu dari pejabat Abdul Khalid menyerahkan laporan PKR yang mengaitkan isu rasuah Menteri Besar Selangor itu kepada SPRM.

Ini susulan daripada tuduhan PKR ke atas Khalid Ibrahim yang berkait rapat berhubung salah laku Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Abdul Khalid, Mohd Yazid Bidin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya seorang pegawai di pejabat MB saya rasa ini tanggungjawab saya untuk mendapatkan perkara yang benar, itu sahaja yang boleh saya katakan," jelasnya.

Sehari sebelum laporan SPRM itu dibuat, PKR menyerahkan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam sebab untuk menyakinkan PAS dan DAP mengapa Abdul Khalid perlu disingkirkan dari jawatannya.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kes itu bagaimanapun diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk mengkaji kes berkenaan.

"Tugas saya menyiasat semua kes. Sesiapa yang membuat aduan, kami akan proses. Jika ia rasuah, kami akan siasat," katanya semasa sidang media sebelum mengadakan mesyuarat dengan ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, di sini, hari ini.


Adalah menjadi tanggungjawab SPRM menyiasat laporan yang dibuat pihak tertentu bagi mencari jawapan kepada persoalan itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger