SIDANG MEDIA PKR SELANGOR KECOH GARA-GARA DUA NAMA CALON JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR


Sidang media PKR Selangor hari ini kecoh apabila media menerima dua kenyataan akhbar berbeza mengenai nama calon Menteri Besar Selangor yang dipersetujui mereka.

Kenyataan pertama menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, semasa sidang media berlangsung, seorang individu yang tidak dikenali menarik balik kenyataan itu dan menggantikannya dengan kenyataan baru yang mencadangkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada sidang media itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mengumumkan senarai nama cabang parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang menyatakan persetujuan menyokong Wan Azizah.

"Kita menyeru semua ahli parti menyokong Presiden kita sebagai Menteri Besar Selangor.

"Menjadi harapan kita dengan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, krisis yang berlaku sekarang dapat diselesaikan dan agenda perubahan dan semangat transformasi dapat diteruskan," katanya di ibu pejabat PKR.

Apabila kenyataan kedua tersebar, keadaan mula menjadi kecoh apabila pemimpin PKR Selangor yang hadir enggan menjelaskan kepada media situasi sebenar yang berlaku.

Yang pasti kenyataan kedua ini sangat menarik minat media dengan kemunculan nama Azmin Ali yang mana sebelum ini telah diketepikan ekoran desakan Anwar Ibrahim yang mahukan isterinya dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 6, 2014 at 4:45 PM

....perangai bodoh anwar untuk pengikut bodoh....tahniah....selamaat bergaduh....saman menyaman...londeh melondeh sesama sendiri...

Anonymous
August 6, 2014 at 6:31 PM

Bukan semua ahli PKR setuju siapa yang diumumkan oleh Ketua Umum atau sesiapa sahaja. Kali ini ahli2 dah muak dengan politik PKR yang caca marba.

Reformasi yang dijuangkan selama ini telah menghasilkan bibit2 pentingkan diri sendiri serta kroni2 masing2.

Bosan dan kecewa.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger